BAB 4

Romance Completed 16625

Adam satu nama yang tidak akan pernah padam dari hatiku. Dialah yang bertanggungjawab atas segala yang terjadi. Sejak mula hingga saat ini. Semenjak aku mengenalinya, bermacam dugaan aku tempuhi.

Lima tahun dahulu, di sebuah kelab hiburan di Bangsar aku secara tak sengaja berkenalan dengannya. Bermula dari situ, aku selalu bersamanya. Entah mengapa bila bersamanya aku begitu rela diperlakukan seperti pasangan suami-isteri sedangkan selama ini, keperawanan ini aku pertahankan dari sebarang godaan.

Sungguh, dia memang jaguh. Dan kerana itu aku menjadi ketagih. Ketagihan sex yang melampau!

Bak kata orang tua-tua sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan ke tanah jua. Begitulah yang menimpa aku. Sewaktu kami bersenang-senang di kamar hotel, kami di serbu oleh penguatkuasa agama. Berita tentang tangkapan itu di sampai kepada keluarga. Marahnya mereka hanya Tuhan yang tahu.

Bagai jatuh ditimpa tangga pula nasibku bila aku disahkan hamil dua bulan. Bertambah-tambah marah mereka terhadapku. Aku tahu aku telah mencemarkan nama baik papa. Akulah harapan mereka tapi aku telah kecewakan mereka sekaligus aku di buang terus dari keluarga itu.

Aku mencari Adam. Tiada siapa lagi yang dapat aku harapkan melainkan dia seorang. Dalam kekalutan itu, aku bersetuju untuk mengikutnya ke Jepun. Hanya di situlah sahaja tempat yang boleh kami tuju kerana di Malaysia sudah tidak ada ruang untuk kami bernafas.

Aku tahu Adam berdegil meminta aku dibawa bersama ke Jepun walaupun keluarganya berkeras tidak membenarkan. Adam mengugut akan melarikan diri dan akhirnya mereka bersetuju tapi bersyarat. Aku tak mungkin tinggal bersama Adam, sebaliknya aku di beri tempat tinggal di kawasan rumah teres kos rendah. Sedangkan Adam harus tinggal bersama mak saudaranya. Kami tidak punyai pilihan lain melainkan menurut sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience