BAB 1

Romance Completed 16625

Puas aku merintih meminta kau jangan berlalu pergi namun kau enggan. Kau tetap dengan pendirianmu.

Tunggu! Kau terus berlalu pergi tanpa sempat aku menahan. Kenapa? Kenapa kau harus berubah sekelip mata? Akalku tertanya-tanya tentang perubahan kau. Kisah cinta kita tidak seperti dulu lagi. Yang dulunya aku terasa bahagia saat kau disampingku.

Tapi kini….

Aku pulang dalam kehampaan. Hampa kerana kasih ini tidak berharga lagi padamu. Hampa kerana aku merasa aku bukan lagi menjadi sebahagian dari hidup mu.

Aku menyusuri jalan-jalan di taman Inokashira yang pernah kita lalui dulu. Sewaktu dulu taman ini menjadi tempat kita memadu kasih, namun kini aku sendirian bersama sendu yang tak bertepi di sini.

Di bawah pohon Sakura yang rendang ini aku duduk berteduh. Aku cuba buang jauh-jauh prasangka burukku terhadapmu. Namun bila mata ini menjadi saksi atas kecuranganmu, aku benar-benar seperti orang yang kehilangan anak. Dari jauh aku melihat tingkahmu terhadap perempuan seksi itu. Berkali-kali aku menampar pipi ini. Perit! Betul, bukan mimpi. Drama apa pula yang kau watakkan kali ini? Mesranya kau meraih perempuan itu kedalam dakapan hangat kau. Tahukah kau, aku rindukan dakapan itu.

Argh, terasa luluh jantung ini. Siapakah wanita itu yang tegar merampas kau dari diriku. Sampainya hati kau!

Pantas sahaja aku mendekati pasangan itu. Jelak aku melihat aksi-aksi mereka. Aku menarik kau jauh dari perempuan miang itu. Ternyata kau terkejut dengan kehadiranku. Hatiku benar-benar terbakar demi melihatkan senyuman sinis wanita itu. Dasar perempuan murahan!! Sempat aku menjerit, mencaci perempuan itu. Ringan saja tangan ini mahu menampar pipi gebu itu tapi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience