BAB 9

Romance Completed 16625

“Adam risau la tengok Myra selalu sakit.” Luah Adam sewaktu kami menghabiskan waktu petang di laman rumah teres kami.

Aku terdiam seketika. “Mungkin kerana anak sulung. Bukan Myra biasa pun dengan keadaan seperti ini.” Aku cuba menutup kerisauan suamiku. Maaf kerana aku terpaksa menipu demi tidak rela melihat kau kecewa Adam. Biarlah aku sendiri yang menanggungnya. …

Hampir satu tahun aku tidak berjumpa dengan Sofia. Hari ini dia terpacak didepanku. Ada sendu diwajahnya. Sofia, mengapalah kau sering melihat aku dalam derita. Janganlah ditangisi penderitaan aku ini. Dia menyuapkan sesudu penuh bubur nasi ke mulutku. Seleraku benar-benar mati namun demi mengambil hatinya, aku telan jua walaupun terasa berpasir.

Selesai makan, aku minta Sofia mengambil diariku yang berada dimeja tepi katil. Isi diari itu khas buat Adam dan papa. Hanya ini yang mampu aku lakukan bagi meluahkan perasaanku pada mereka. Aku harap Sofia dapat menyerahkan diari serta sepucuk surat kepada mereka.

Dia mengerti. Dia tahu ajalku makin dekat atas ketentuan kuasa Allah. Masih aku ingat bicaranya tadi. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang menimpa aku. Bila teringatkan pengorbanan sahabatku ini, aku menjadi sebak. Mulianya hatimu Sofia.

“Jangan hampakan aku Sofia. Hanya kau yang aku percaya dan harapkan. Dalam dunia ini kaulah satu-satunya kawan yang setia pada persahabatan kita.”

Bahunya bergoyang-goyang menahan sebak. Dia memelukku. Dadaku terasa mencengkam. Nafasku turun-naik dengan kencang. Senaknya perutku hanya Tuhan yang tahu. Sofia panik. Pandanganku mulai kabur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience