BAB 6

Romance Completed 16625

“Adam nak minta maaf Myra. Adam cintakan Myra.” Aku terkedu. Aku tahu itu ucapan yang telus yang lahir dari hatinya. Aku sebak. “Kita nikah. Biar sah sebagai suami-isteri.” Dia memelukku Tiada ungkapan yang dapat aku tuturkan lagi. “Myra sayangkan Adam. Kita nikah di Malaysia ye.”

Ya Allah, terima kasih atas limpah kunia-Mu ini. Rupanya masih ada bahagia buatku.

Berita baik ini aku khabarkan pada Sofia. Memang pada awalnya dia terkejut namun setelah aku jelaskan tetang hal perkahwinan kami, dia pula yang menghitung hari untukku. Memang saat ini yang ditunggunya. Katanya dia mahu lihat aku bahagia. Terima kasih sahabat.

Di KLIA, kami disambut hambar oleh keluarga Adam. Walaupun tidak mesra layanan mereka terhadapku namun segala persiapan majlis mereka yang uruskan dan ianya berjalan dengan lancar.

Esoknya, saat yang paling mendebarkan aku. Adam membawa aku ke suatu tempat yang tersangat aku rindui. Rumah banglo dua tingkat itu semakin hampir pada pandanganku. Kereta dipakirkan. Rasa rindu pada papa dan mama makin memenuhi ruang hatiku. Masih bersisakah kasih mereka padaku?

Salam diberi. Sesaat kemudian pintu dibuka. Mak Jah terpacul di hadapan kami. Aku tahu dia masih mengenaliku kerana dialah yang menjagaku selama ini. Aku tersenyum melihat reaksinya yang kelam-kabut mencari mama. Dan detik inilah yang aku harapkan. Wajah tua mama yang bergitu sarat dengan perasaan rindu padaku betul dihadapanku kini. Oh mama, dalamnya penderitaan yang aku hadiahkan padamu. Mama meraihku dalam dakapannya. Berkali-kali aku meminta maaf.

“Mama maafkan Myra. Kenapa Myra lari dari mama sayang?” Aku benar-benar pilu. Akulah anak derhaka. Myra malu mama. Airmataku berjurai laju.

Belum sempat rindu kami terubat, aku terdengar suara yang berdeham keras dari dalam. Dari jauh aku melihat papa menuju ke arah kami. Wajahnya masih seperti dulu. Sama seperti masa menghalauku. Wajah bengis itu entah bila akan menjadi sejuk. Aku maju ke arah papa, aku meraih jemarinya untuk dikucup tapi pantas sahaja dia menepis. Oh papa, ini Myra papa. Anak papa. Belum sembuhkah kekecewaan lima tahun lalu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience