BAB 7

Romance Completed 16625

“Papa…” Aku tidak berani meneruskan ayat. Matanya yang tajam tepat memandangku.

“Jangan sesekali panggil aku papa, anak aku sudah lama mati!”

“Abang!” Mama terkejut. Jiwaku tercalar. Aku malu pada Adam.

“Awak diam. Dengar sini, hanya ini kali terakhir kau pijak kaki ke sini. Dan ini kali terakhir juga aku tolong kau.” Tegas! Papa memang tegas.

Aku memeluk mama dan berlalu pergi tanpa menghiraukan panggilan mama. Maaf mama, papa masih tidak dapat menerima Myra lagi. Papa terima kasih untuk segalanya. Memang Myra akui papa masih sayangkan Myra kerana papa masih sudi menjadi wali pada hari pernikahan kami nanti. Tapi racun yang Myra berikan pada kalian berdua sudah tidak ada penawarnya lagi.

“Aku terima nikahnya Natasha Myra Binti Khalid dengan mas kahwin Lapan Puloh Ringgit tunai.”

Kini aku sah menjadi isteri pada Adam Bin Haikal. Tiada yang sempurna dalam hidupku melainkan menjadi isteri yang sah kepada Adam.

Segalanya sudah berlalu. Tidak perlu lagi aku meratap menangis. Ianya tidak mampu megembalikan kepercayaan papa padaku. Yang paling penting sekarang, aku perlu menghargai sisa-sisa kehidupan ini.

Hampir dua bulan berlalu. Hari-hari yang dilalui benar-benar membuat aku bahagia. Walaupun sesekali aku akan terasa tertekan, aku cepat-cepat menyisihkannya. Bimbang kalau-kalau aku berpenyakit murung. Ini akan menjejaskan kandunganku.

Aku mengusap-usap perut yang masih kempis. Aku tahu nyawa ini akan menjadi penyeri hidup kami nanti. Tersenyum sendirian bila teringatkan Adam yang melompat-lompat sewaktu menerima hadiah sarung kaki bayi dariku. Biarpun ini bukan kali pertama aku mengandung namun kadungan sebelum ini tidak pernah sempat aku lahirkan anak yang comel. Keempat-empat anak itu aku gugurkan. Kerana aku tidak mahu anak-anakku itu tidak mempunya status yang diiktiraf. Senangnya pemikiranku dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience