BAB 5

Romance Completed 16625

Di Jepun, agak kekok untuk aku tinggal di sini. Cuacanya yang dingin dan kebanyakkan rakyat Jepun tidak fasih berbahsa Inggeris menyukarkan lagi keadaan aku. Adam pula, aku tidak hairan kerana negara Jepun ini bukan asing baginya kerana dia juga sebahagian dari keturunan Jepun.

“Kau sakit Myra?” Soal Sofia suatu petang. Aku hanya mengangguk lemah. “Entahlah, sejak akhir-akhir ini aku sering sakit.”

Sofia merenung aku. Pandangannya sayu dan basah. Aku memegang jemari Sofia “Aku belum mati lagi Sofia. Kalau aku mati sekalipun biarlah di tempat kelahiranku sendiri. Lagipun ini hanya sakit biasa saja.”

Sofia menyeka airmata. Senyuman diberi. Dia bangkit menuju ke dapur. Mungkin membuat bubur, dugaku. Dan saat ini aku teringatkan Adam. Pulanglah sayang. ….

Dinihari ternyata suram. Bintang-bintang tengelam dan langit pula kelam. Ternyata sunyi sekali, sesunyi hati ini.

Kekhusyukan di atas sejadah membuatkan aku tenang. Perasaanku bercampur-baur. Doaku panjang minta diampunkan dosa lalu. Aku insaf atas kemungkaranku selama ini.

Dalam usia yang terlalu muda, aku terlalu banyak melalui perjalanan yang berliku. Timbul sejuta kekesalan, namun aku tidak akan berputus asa dalam memohon keampunan dari Allah.

Adam, mengenalimu aku tidak pernah menyesal tapi dengan memilih jalan ini aku terasa sesal yang teramat. Lima tahun kita ditimbus oleh dosa-dosa. Penyesalan ini tidak mampu menutup ruang-ruang dosa yang kita buka bersama.

“Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta. Aku bertaubat dengan sesungguh hatiku.”

Adam, aku harap kau pun sama. Semoga dibukan pintu hatimu.

Tiga bulan berlalu dengan sepi. Hari yang di tunggu-tunggu kunjung tiba. Adam kembali lagi dalam hidup. Aku bersyukur kerana di kurniakan Adam yang ketaranya sudah berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience