BAB 8

Romance Completed 16625

Senyumku meleret. Kurang dari lapan bulan lagi kami akan mendapat cahaya mata yang pertama. Kasihan Adam, dia bekerja keras demi keluarga baru ini. Ternyata dia benar-benar bertanggungjawab.

Senyumku mati bila teringatkan kata-kata Dr. Jamilah. Faktanya bagai jarum suntik yang ditusuk terus ke jantungku.

“Puan Myra, risiko puan terlalu tinggi. Saya harap puan dapat berfikir baik-baik. Perkara ini melibatkan nyawa puan.

Aku terdiam. Terkejut dengan kenyataan yang bakal terjadi. Rupanya penderitaan ini masih berpanjangan. Agaknya inilah pembalas dari-Nya.

“Doktor.” Aku tersenyum seketika. “Doktor, saya dah puas merasa hidup di bumi yang bertuah ini. Biarlah anak saya yang merasainya pula.” Ujarku macam orang berputus asa,

“Tapi puan masih muda. Jangan di gadaikan nyawa puan.” Pujuk Doktor Jamilah lagi.

“Tapi berbaloikan. Biar saya yang berkorban asalkan nyawa anak saya terselamat. Doktor mesti janji pada saya akan selamatkan anak saya nanti. Dan jangan sesekali beritahu perkara ini pada Adam.” Pintaku.

“Saya akan lakukan apa yang termampu puan.”

Sesekali mama pasti datang menziarahiku. Walaupun tidak kerap namun aku bersyukur kerana mama sudah dapat menerimaku kembali. Cuma papa yang masih keras hatinya. Aku pasrah.

Keluarga Adam pula, semenjak berita mereka bakal menerima ahli baru, aku ditatang bagai minyak yang penuh. Akulah segalanya bagi mereka. Adam hanya berdua bersama abang sulungnya. Walau telah berumahtangga selama lima tahun lalu namun mereka tidak dikurniakan zuriat. Kerana kandungan inilah aku disayangi oleh mereka sekeluarga. Akhirnya dapat juga pewaris yang menyambung keturunan keluarga Adam.

Masuk bulan ke lapan, aku sering sakit-sakit. Demam berpanjangan. Kesihatanku buat Adam tidak diam duduk. Dia bercuti panjang demi menjaga aku. Oh Adam, bertambah-tambah cintaku padamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience