BAB 10

Romance Completed 16625

Sedar-sedar aku telah berada di hospital. Bilik ini dipenuhi dengan oleh mereka yang menyayangiku. Mama duduk disebelah kananku. Adam disebelah kiriku dan disisinya Sofia. Iparku serta mertuaku dihujung kaki. Badanku terasa ringan. Perut pula kempis. Dimana anak aku? Aku panik. Adam mengusap ubun-ubunku. Badanku semakin lemah. Ditubir mata mama terbit manik kecil lalu gugur deras dipipi tuanya. Ibu mertua serta kakak ipar pula sudah lebam mata mereka. Apa sudah jadi? Mana anak aku? Soalan ini masih bermain dikotak fikiranku. Aku memandang mama minta kepastian. Namun mama hanya menganguk-ngangguk sambil tersenyum paksa.

Tiba-tiba pintu wad terbuka. Seorang jururawat mampir kepada Adam sambil menyerahkan bayi yang sihat dan comel. Ya Allah, anak aku! Hampir menitis airmata ini demi melihat anak yang comel itu. Adam meletakkan bayi itu dipangkuanku. Pantasku cium pipi munggil si kecil.

“Anak perempuan sayang. Comel macam Myra juga.” Perlahan Adam berbisik padaku. Ada getar pada nadanya. Aku hanya tersenyum. Alhamdulillah, bayiku selamat.

Sempat aku bisikkan pada Adam agar dinamakan anak ini dengan nama Nadia Sofia. Ku gagahkan memegang tangan Adam dan mengucupnya meminta ampun. Begitu juga dengan mama dan keluarga mertua. Sofia memeluk aku sambil mengambil si kecil dan dipeluk kepangkuannya memberi ruang kepada aku.

Tubuhku mulai terasa lemah dan kekejangan. Dan pandanganku mulai kabur kembali. Persekitaranku kedengaran cemas. Suara ayah mertuaku memekik memanggil doktor. Bahuku digoyang-goyangkan. Di sudut telinga kanan kedengaran suara mama mengajar aku mengucap. Saat ini apa yang terbayang dimataku hanyalah papa. Sampai akhirnya aku tidak sempat meminta ampun. Akhirnya..

“Ya Allah!” Jerit Mama Myra.

Sofia tersedu-sedu menahan tangis. Si kecil masih lena dibuai mimpi. Adam memegang erat jemari isterinya. Airmatanya tumpah jua.

Adam membelek-belek diari usang milik Myra. Dia sedar banyak penderitaan yang dia hadiahkan pada Myra. Namun wanita itu tabah menghadapinya. Nadia Sofia kini penyeri hidupnya. Demi janji dan demi cahaya cinta baru ini akan dia didik Nadia Sofia sebaik mungkin. Inilah bukti cinta mereka.

Begitu besar pengorbanan Myra demi melahirkan zuriat untuknya. Kata-kata doktor tempuh hari benar-benar membuktikannya. Myra menghidap barah pangkal serviks yang berpunca dari kekerapan melakukan hubungan kelamin dan juga menjalani pengguguran yang banyak. Demi nyawa yang satu ini dia sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri. Adam meraup muka. Betullah kata orang, dosa yang kita lakukan akan menghantui diri kita selamanya. Semoga Allah menempatkan Myra teratas disisi-Nya. Amin.

Dato’ Khalid berteleku di tepi pusara anaknya. Dia bergegas pulang dari Korea Utara setelah dimaklumkan tentang kematian anaknya. Sungguh dia tidak menyangka begini akhirnya cerita Myra. Sesalnya bertali-tali.

Sampul biru itu dibukanya. Matanya mula berkaca.

Papa, Myra minta ampun. Myra banyak susahkan papa. Myra anak derhaka, tapi Myra sudah insaf. Satu pinta Myra terima Myra kembali sebagai anak papa yang papa sayang dulu.

Papa, Tiada yang terindah jika bukan dirimu Tiada yang memahami jika bukan dirimu Jika diberi peluang, ingin Myra minta untuk menjadi anak papa sekali lagi. Senyuman papa sangat Myra rindukan. Semoga diri ini disayangi kembali, papa.

Anakmu, Myra.

Remuk hati Dato’ Khalid. Anak yang dibuang itu menanggung derita sehebat ini. Dia menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Sedih kerana tidak sempat menatap wajah anak kesayangan.

Sudah lama papa maafkan Myra Cuma papa rasa terkilan kerana Myra sanggup melukakan hati papa. Salah papa juga kerana membiarkan Myra dalam derita yang panjang. Maafkan papa sayang.

Kedinginan pagi yang dihembus semilir itu menjana fikiran Dato’ Khalid untuk mengimbau zaman kanak-kanak Myra. “Segalanya indah Myra.”

Dato’ Khalid bangkit, melangkah perlahan meninggalkan perkarangan perkuburan islam.

“Jumpa lagi anak papa sayang ya, papa balik dulu.’’ Ucapnya bersama rasa sebak yang menghempap di dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience