BAB 3

Romance Completed 16625

PRANG! Tepat mengenai kepalanya. Jiran-jiran tetangga hanya melihat, tidak berani campur tangan dan dia, aku lihat terhuyung-hayang berlari dengan dahinya yang berdarah.

Di taman permainan sekitar kawasan perumahanku, aku bertemu sahabat lama. Sama-sama dari Malaysia. Pertemuan yang tidak dirancang itu memberi aku sinar. Inilah kuasa Allah S.W.T..

“Kau duduk di mana sekarang?” Perlahan dia bertanya. “Di blok sana. Anak yang tak punya apa lagi ini mana ada saudara-mara. Mungkin bila sampai seru-Nya, baru aku diratapi.”

Dia terpegun demi mendengarkan kataku. Kelopak matanya berkaca. Ada titisan mutiara yang bergenang di pipinya.

“Jangan kau kasihankan aku. Hey, kau patut ceria sikit sebab kita dapat berjumpa lagi.” Aku cuba menceriakan keadaan.

Dia mampir padaku. Bahuku dipeluk kemas. “Aku sayangkan kau Myra. Apalah malangnya nasib kau. Bertahun kita terpisah. Kita bertemu disini, dan aku masih melihat kesengsaraan kau.” Basah bahuku dengan tangisannya.

“Sofia, derita ini aku yang tempah. Aku sendiri yang memilihnya. Biarlah aku terima hukuman ini.”

Petang itu aku membawa Sofia melalui jalan yang selama ini aku tempuhi. Jalan-jalan yang entah ada penamatnya atau tidak. Sungguh aku tidak menyangka, Sofia masih masih sudi menjadi sahabatku walaupun diriku penuh dengan dosa-dosa lalu.

Oh Sofia ketahuilah, Akan aku perjuangkan cinta ini jika memang itu milikku, tapi tidak akan sesekali aku berkorban demi cinta kerana aku tahu cinta hanyalah sebuah perasaan semata yang sewaktunya dapat menghilang, dan aku mengerti cinta sejati itu susah di cari. Dunia yang indah ini hanyalah sementara, indahnya mimpiku kadang-kadang tak pasti tapi persahabatan yang kau hulurkan itu adalah satu keindahan yang abadi. Terima kasih Sofia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience