BAB 2

Romance Completed 16625

PANG!! Hebat penangan kau. Tegar sungguh hatimu. Berderai airmata ini. Kau dayus!! Aku di tinggalkan dalam rasa terhina. Terima kasih puteraku…terima kasih.

Esoknya kau datang bersama ros merah meminta maaf. Hati ini masih berdarah tapi aku tidak tahu bagaimana untuk menolak rayuan kau. Tetapi bila aku menyedari apa yang kau mahukan dariku, aku tekad. Ros dibaling. Aku menjerit-jerit minta kau pergi dari hidupku. Kau fikir aku tong sampah yang sewenang-wenang boleh kau perlakukan.

Ku mencari-cari. Dimanakah hatiku Dalam kepayahan Jiwaku terluka Ku termimpi-mimpi Kenangan mesra lalu Sewaktu dulu kita pernah berdua Haruskah begini? Ku tak pernah terfikir Begini perit yang dilalui Namun langkah ini ku teruskan jua Mencari hakikat yang sebenar…

Seraut wajah yang tersenyum nakal itu masih aku rindui. Kotak sederhana besar itu aku tenung. Hurm, penuh dengan kenangan terindah kita.

Aku menguis-nguis isi kotak itu. Kad ulang tahun kelahiranku, kad Hari Kekasih serta kad-kad cinta masih tersimpan kemas. Aku tersenyum membaca luahan hatimu. Mataku terpandang sesuatu objek. Ukiran kayu yang tertera ‘Luv You Myra’ dicapai. Walaupun tidak halus buatannya, aku tidak kisah kerana aku tahu kau bukan seorang pengukir kayu. Di belakang ukiran ini ada tanda merah. Merah itu kesan dari darah kau. Tersentuh hati ini sewaktu kau benar-benar mahu menyiapkan ukiran ini walau jarimu terluka. Aku terharu dengan keikhlasan kau.

Lumrahnya kehidupan, Semakin dalam keperitan yang kita hadapi, semakin wujud cinta dihati kita. Semakin kita merasakan kehilangan, semakin mendalam perasaan sayang kita.

Sejak kejadian tempoh hari, kau terus hilang. Mungkin egomu menghalang untuk kau kembali lagi. Aku redha kerana itu juga keputusanku. Namun sejauh mana aku mampu melupakan kau. Sudah bertahun kita bersama, dalam beberapa saat kau hilang membawa hatiku. Terlukanya aku.

Petang tadi perempuan yang kau cium itu datang mencarimu. Sungguh, aku membenci dia. Datangnya bukan menenangkanku tetapi menambahkan lagi lara di hati ini. Pedih! Jiwaku merintih. Mahu saja aku menamparnya. Dasar perempuan jalang! Wahai hati bersabarlah kau. Perit telinga ini mendengar caciannya. Tidak tertanggung lagi lantas aku menghalaunya bagaikan anjing. Puas? Belum puas. Aku mencapai gelas kaca yang berdekatan lalu membalingnya ke arah perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience