BAB 2

Romance Completed 7675

Elya Nasuha hanya tersenyum penuh makna. Azman ni mesti nak mintak tolong ni. Kalau tak memang dia takkan singgah bilik aku ni.

“ Hah terus terang jelah, kau nak aku tolong kau apa pulak kali ni?” Elya Nasuha malas nak memanjangkan cerita. Lebih baik kita terus ke tajuk utama dari berlengah membuang masa. Betul kan?

“ Kau ni tak menyempat aku nak bermukadimah, dah kau terjah. Tak romantik betul kau ni,”

“ kau tu takkan masuk bilik aku ni kalau bukan nak mintak tolong aku,” perli Elya Nasuha sambil mengetuk mejanya.

Azman tersenyum kambing!

“Aku nak mintak kau cover ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk bulan seterusnya,”

“Laa, tu je ke? Kan memang aku yang cover column tu tiap-tiap bulan,” ujar Elya Nasuha sambil mengambil Samsung Tab miliknya.

“ Tapi kau kena pergi interview orangnya minggu ni jugak,”

“Apa?” jerit Elya Nasuha. Terkejut.

“ Tapi, kan ni awal lagi. Artikel aku untuk bulan depan punya baru je siap,” keluh Elya Nasuha lalu memandang Azman yang sudah menyengih, buat muka tak bersalah lagi!

“ Alaa.. Bolehlah L. Aku yakin kau boleh interview dalam masa terdekat and in the same time kejar dateline column magazine kita yang dua bulan lagi,”

“ No way Man. Kau ingat aku tak perlu makan, mandi bagai ke?” Elya Nasuha mula mendengus kasar. Baru ingat nak senang-senang!

“ L, tolonglah. Orang yang bakal kau interview tu bussy orangnya. Jarang ada masa free,” rayu Azman. Bersungguh!

Elya Nasuha merenung ke dalam anak mata Azman. Masih menimbang tara sama ada nak tolong atau tak. Azman sudah banyak menolongnya, dari zaman belajar dulu sampailah dia bekerja sekarang. Takkan dia tak nak tolong.Hmm…

“Okeylah…” Akhirnya Elya Nasuha mengalah.

Azman tersenyum senang hati. Kalau tak kerana dia ada lawatan di Korea, dia sendiri akan turun padang untuk menemubual orang tersebut. Apa –apa nanti kau claim kat aku ye L!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience