BAB 7

Romance Completed 7680

“ Pandai-pandailah kamu nak hidup lepas ni!” marah Encik Hafis tanpa memandang ke arah anak perempuannya itu.

Elya sudah meraung. Lengan ayahnya ditarik lembut, cuba meraih simpati. Malangnya, Encik Hafis merentap tangannya kasar sehingga gadis itu jatuh terduduk.

“ Ayah takde anak yang memalukan ayah,”luah Encik Hafis. Sedih!

“Selama ni, ayah percayakan Elya sebab ayah yakin yang anak ayah ni takkan berani menconteng arang ke muka ayah. Tapi ini yang kamu bagi kat ayah!”

“ Tak ayah, Elya tak salah,” terang Elya sambil diperhatikan oleh lelaki yang sudah sah menjadi suaminya kini, tak lain dan tak bukan, Mikhail Hadi.

Mikhail hanya menghadiahkan jelingan kepada Elya saat mata mereka bertaut. Dia semakin benci perempuan itu! Kalau tak mengenangkan reputasinya di pejabat bakal tergugat dengan beritanya yang ditangkap khalwat, pasti dia tidak akan menikahi perempuan tak guna tu! Tambahan,dia tidak mahu membazirkan masanya yang berharga itu dengan urusan naik turun mahkamah! Apa-apa pun perkahwinan ini mesti dirahsiakan daripada pandangan umum. Tak kira macam mana pun caranya.

“ Mulai hari ini Elya jangan jumpa ayah!” Putus Encik Hafis lalu beredar dari rumah mewah sederhana besar milik Mikhail tanpa menyapa menantunya itu.

“Ini semua salah kau!” Elya sudah menyerang Mikhail. Meletakkan semua kesalahan di atas bahu lelaki itu seorang.

Mikhail sudah menarik nafasnya sebelum menghembusnya dengan kasar. Matanya sudah memerah. Banyak cantik muka kau letakkan semua salah atas bahu aku sorang-sorang!

“Hei, perempuan kau dengar sini, ini semua salah kau dengan Hisyam keparat tu!”

“ Korang yang berasmaradana, aku pulak yang terkena!” Tambah Mikhail lagi sambil mengetap bibirnya geram.

“ Nasib aku gamaknya dapat ‘bekas’ Hisyam. Tapi kau jangan risau, sampai saatnya nanti aku pasti lepaskan kau,” sindir Mikhail dan sekali lagi menghadiahkan Elya Nasuha dengan jelingan mautnya itu.

“ Hei, berapa kali aku nak bagitahu kau yang aku tak kenallah Hisyam tu!” Jerit Elya lalu mengangkat tangannya ke muka Mikhail. Geram dengan tuduhan tak berasas lelaki itu.

Mikhail memegang pipinya yang baru sahaja di tampar isterinya. Perit!

“ Kau,dah melampau!”

“ Siapa yang melampau?” Elya sudah berdiri menghadap Mikhail yang nyata tidak berpuas hati dengannya.

“ Nanti aku ajar kau cukup-cukup…”

“….. tapi sebelum tu aku nak ingatkan kau satu perkara. Jangan sesekali kau bagi tahu orang lain pasal perkahwinan kita ni. Ingat!” Mikhail sudah memberi amaran.

Elya Nasuha melemparkan senyuman sinisnya.

“ Kau ingat aku suka ke nak bagitahu semua orang pasal perkahwinan kita ni? Weh, aku pun tak hadaplah!” jawab Elya dengan kasar lalu bergerak menuju ke bilik yang awal-awal lagi sudah di tetapkan oleh suaminya itu. Pintu biliknya di hempas kasar! Protes!

Mikhail hanya memerhatikan tindakan isterinya itu dengan pandangan mengejek. Takpe awal lagi, kau tengoklah nanti, terbalik hidup kau aku buat, desis hati kecil lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience