BAB 3

Romance Completed 7675

Elya Nasuha menilik jam tangan yang tersarung elok di tangan kirinya. Sudah setengah jam dia menunggu untuk menemubual ketua jurutera Syarikat PETROLEUM itu. Sibuk bebenar! Gadis yang merangkap setiausaha kepada ‘Encik Jurutera’ itu hanya tersenyum nipis sahaja melihat dirinya yang sudah seperti cacing kepanasan dek sudah lama menunggu. Air kopi yang disediakan gadis itu juga sudah lama licin!

Kalau tak mengenangkan yang Azman tu rakan yang selalu menolongnya dah lama dia blah dah dari tempat ni. Agaknya memang sudah menjadi satu kebiasaan untuk orang yang dah berjaya ni untuk selalu melengahkan waktu dan buat orang lain tertunggu-tunggu akan kedatangan mereka gamaknya. Nasib baiklah dia sudah lali dengan perangai ‘orang besar’ macam ni.

“ Lisa, buatkan saya kopi,” arah satu suara.

Elya Nasuha segera memandang ke arah suara itu. Lelaki itu turut memandangnya, sebelum penglihatannya kelam.

Elya Nasuha merasakan ada tangan kasar yang sedang mengelus rambutnya. Penglihatan yang tadinya kelam sudah mula kembali terang. Perlahan-lahan dia mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum terbangun akibat terkejut dengan figura di hadapannya ini.

“ Kau!” jerit Elya lalu mengengsot menjauhi tubuh lelaki di sebelahnya itu.

Mikhail Hadi hanya tersenyum melihat gelagat Elya Nasuha yang terkejut ala-ala badak termakan spaghetti tu! Lawak sangat!

“ Hai, Cik Elya . Baru bangun dari mimpi ngeri ke?” perli Mikhail dengan senyum sinisnya.

“ Apa kau buat kat sini?”

“ Aku yang patut tanya kau soalan tu la mangkuk!”

Elya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan rambutnya yang panjang mengurai itu disanggul tinggi, menampakkan lehernya yang jinjang itu.

“ Aku datang nak interview Chief Engineer kat sini, Encik Hadi,” ujar Elya selepas siap menyanggul rambutnya

Mikhail hanya tersenyum sinis lagi. Perempuan ni terkejut ke tak terkejut ke sama je.

“ Jadi kaulah wartawan yang nak interview aku tu? Soal Mikhail dengan berlagaknya.

“Kau ke ketua jurutera tu? Impossible betul!” Elya tidak mahu mengalah dalam lagaknya. Kau ingat kau sorang je boleh tunjuk lagak, aku pun bolehlah!

“ Apa-apapun aku tetap berada atas kau sekarang,” Mikhail masih lagi dengan nada sombongnya. Senyuman sinis di lemparkan sebentar kearah wanita di hadapannya sekarang ini.

“ Whateverlah!”

“ Sekarang kau boleh interview aku, aku tak cukup masa nak layan wartawan hingus macam kau ni,” ujar Fadhil sambil menyinsing lengan bajunya ke siku.

Elya hanya menjeling tajam demi mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir lelaki yang suatu dahulu pernah merangkap menjadi teman lelakinya itu. Tanpa melengahkan masa dia mengeluarkan sebatang pen dan buku nota dan tidak di lupakan juga pita rakaman dari beg tangannya sebelum memulakan sesi interview bersama lelaki sombong dan perasan bagus ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience