BAB 6

Romance Completed 7675

AZMAN memandang pelik rakan sejawatnya itu. Sibuk termenung! Entah bila Elya menambah hobinya yang terbaru itu. Elya yang sedang leka memandang ke luar jendela pejabatnya tidak menyedari yang dirinya sedang di perhatikan oleh si Azman.

“ Kau ni dah kenapa?” Termenung je,” Azman memulakan bicara. Malas menunggu dan tertunggu-tunggu. Kalau tunggu nanti jawapannya tak dapat jugak!

Elya menjeling ke arah Azman. Serta-merta dia naik angin! Dia teringatkan apa yang Mikhail sudah lakukan padanya tadi. Kalaulah Azman tak menyuruh dia pergi ke lokasi fotografi itu tadi tentu dia tak akan terserempak dengan lelaki itu.

“Eh, kita tanya dia elok-elok, dia jelingnya kat kita,”tegur Azman dengan muka tak berpuas hatinya.

“Aku tak nak cakap dengan kau sehari,” rajuk Elya lalu memalingkan mukanya kearah lain.

“La.. tetiba pulak tak nak kawan dengan aku. Sehari je pulak tu,”gurau Azman sambil buat muka peliknya lagi. Memang dia tengah pelik pun. Datang bulan ke apa perempuan ni?

“Whateverlah. Kalau aku cerita kat kau nanti lain pulak jadinya,”

“ Pulak?”Macam-macam hal lah kau ni,” ujar Azman lalu menggelengkan kepalanya.

Elya memuncungkan mulutnya. Protes dengan Azman sehari pun jadi. Kalau lama-lama pun buat apa. Bukan salah Azman pun kalau ikutkan. Anggap sahaja kejadian hari ni satu mimpi buruk. Ye, satu mimpi buruk je! Nanti-nanti bila dah lama-lama mesti dah tak ingat dah!

MIKHAIL menjengahkan kepalanya keluar dari kereta beberapa kali. Betul ke tempat ni? Soal hatinya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Telefon bimbit jenama Samsung Ace di ambil dan nombor Hisyam, rakan sepejabatnya di dail.

Ahh, masa ni jugaklah Hisyam tak nak angkat telefon! Entah kenapa la pulak si Hisyam ni menyuruh dia ke rumah kenalannya untuk mengambilnya di situ. Apa masalah Hisyam sampai menumpang di rumah kenalannya itu?

Loceng rumah di tekan beberapa kali. Mana pulaklah tuan rumah ni?Tak cukup dengan loceng pintu di tekannya, pintu rumah jugak di ketuk beberapa kali. Setelah beberapa kali di ketuk barulah ada yang membukanya.

Sekali lagi Mikhail terkejut! Elya!

“ Kau?” Elya terjerit kecil.

Mikhail menjelingnya tajam sebelum bersuara.

“ Mana Hisyam?” tanya Mikhail dengan suara yang sudah melantun tinggi. Dia tak sangka Elya perempuan yang sanggup bawa lelaki bukan muhrim masuk ke rumah. Sungguh dia tak sangka! Lalu badan wanita itu di tolaknya kasar sebelum merempuh masuk ke dalam rumah milik Elya.

“ Hisyam apa kau ni? Baik kau keluar sebelum jiran-jiran aku perasan kau!” marah Elya. Dia sedikit pelik bagaimana Mikhail tahu alamat rumahnya.

“ Hisyam!” Panggil Mikhail dengan kuat. Entah kenapa dia sangat geram dengan Hisyam. Sanggup Hisyam buat pekara-perkara terkutuk ini! Dengan bekas kekasih dia pulak! Memang panas hatinya!

Wajah Elya yang penuh tanda tanya itu dijelingnya lagi. Ahh, sakitnya hati ni! Bilik Elya diceroboh pula. Mencari kalau-kalau si Hisyam itu ada di kamar, lagi sedang menunggu kekasihnya itu datang ‘melayan’.

“ Hisyam apa kau ni? Aku tak kenal pun siapa-siapa nama Hisyam,” marah Elya sambil menunjal-nunjal bahunya Mikhail sehingga lelaki itu ke belakang. Mikhail mula mengerutkan dahinya. Main kasar nampak!

“ Kalau kau tak kenal Hisyam macam mana Hisyam boleh suruh aku datang ambil dia kat alamat rumah kau ni!” Mikahil jugak tak kurang kasarnya. Kepala Elya Nasuha ditolak-tolaknya dengan jari telunjuknya. Kerana kurang bersedia, Elya akhirnya terjatuh ke atas katilnya. Nasib baik dia memakai seluar tidur, kalau tidak habis terselak semua!

“ Dah aku kata tak kenal, tak kenallah! Kau tak faham bahasa melayu ke apa?” Elya sudah sangat-sangat bengang. Mikhail juga begitu. Masing-masing sudah kelihatan menyinga.

“ Aku tak sangka kau macam ni! Aku bersyukur sebab aku dah putus dengan kau!”

“ Aku pun sama!” Elya masih lagi melawan.

Tanpa kesabaran yang tinggi, Mikhail menerjah ke arah Elya yang masih terdampar di katil lalu bertindak ingin menamparnya.

“ Berhenti!” Larang satu suara.

Kedua-dua mereka segera menoleh ke arah suara tadi. Apa ni?

“ Kamu berdua didapati sedang berkhalwat di alamat ini tanpa ditemani mana-mana muhrim kamu, sila ikut kami ke balai,” ujar salah satu suara yang rata-ratanya berserban dan memakai kopiah itu.

Mikhail sudah kelihatan tercengang. Elya pulak sudah bertakung air matanya. Apa ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience