BAB 4

Romance Completed 7675

‘’ Selepas puas berfikir, aku come up dengan satu keputusan, baiklah kita berpisah. Yes aku nak kita berpisah!’’

“Berpisah? Tapi kenapa Mikhail? Apa salah saya sampai awak nak kita putus? Dah dua tahun kita couple, awak tak rasa sayang ke dengan hubungan kita ni?”

Elya memandang anak mata Mikhail dalam-dalam. Cakaplah ini semua hanya main-main je Mikhail. Cakaplah awak sengaja nak prank saya macam yang awak selalu buat. Cakaplah…

“ Tak. Aku tak sayang dengan perempuan yang curang dengan aku. Mentang-mentang aku selalu sibuk dengan tugasan aku, kau selamba badak je cari jantan lain belakang aku!” marah Mikhail hingga menampakkan urat-urat hijau di mukanya.

Elya memaut lengan Mikhail lembut. Namun, segera lelaki itu menepis dan menarik lengannya supaya tidak disentuh olehnya.

“ Aku jijik dengan kau!”

“ Awak dengarlah saya cakap dulu,” rayu Elya bersama juraian air mata.

“ Sudahlah, mulai saat ini aku tak kenal dengan perempuan yang bernama Elya Nasuha lagi!”

“Mikhail!” jerit Elya sambil berlari mendapatkan lelaki itu.

“Mikhail!”

Elya terbangun daripada lenanya. Skrin laptop yang masih bercahaya dipandangnya pelik. Ceh, tertidur rupanya aku ni!

Apa punya mimpilah yang aku dapat ni. Mimpi mamat perasan bagus tu pesal! Atau itu satu petunjuk yang hati aku ni masih sayangkan dia?Tak… rasanya tak. Dia dah buang aku! Aku takkan pernah jatuh cinta dengan lelaki tu dah. Taubat tak nak dah!

Cukuplah sekali aku dituduhnya curang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience