BAB 11

Romance Completed 7675

ELYA NASUHA membelek-belek sekitar lehernya. Penuh kesan-kesan merah! ‘Sagu hati’ dari suaminya. Ahh, Mikhail memang tak guna! Apa saje yang tinggal pada dirinya selepas kesuciannya diragut tanpa relanya semalam. Dirinya tak ubah seperti pelacur! Selepas lelaki itu puas, dirinya ditinggalkan terkontang-kanting keseorangan.

Pagi-pagi lagi Mikhail terus keluar dari kamar yang dihuninya. Elya Nasuha sedar, kerana semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya sakit, kepalanya sakit, dan badannya juga sakit akibat perbuatan lelaki itu. Oleh sebab itu,dia sudah memberitahu Azman yang dia tidak dapat hadir ke pejabat hari ini. Nasib baiklah Azman tak banyak soal, kalau tak masak jugak nak jawab.

Fikirannya menerawang ke peristiwa malam tadi. Apa maksud Mikhail dengan lelaki yang makan tengahari bersamanya semalam? Siapa sebenarnya Hisyam ni? Dan Mikhail ada kata yang aku ada sebut namanya dalam tidur aku semalam, yang membuktikan yang aku sebenarnya masih cintakan dia? Ahh, apa semua ni?

**

Sudah sebulan Mikhail melarikan dirinya daripada isterinya. Dia malu dengan Elya Nasuha. Isterinya itu masih suci! Dia sahaja yang beranggapan buruk dengan wanita itu. Malah, dia sudah berkasar dengan Elya Nasuha. Tuhan sahaja yang tahu betapa dia mahu bersemuka dan mengatakan betapa rindunya dia pada isterinya itu. Tapi dia malu.

Sengaja dia pulang ke rumah lewat malam dan bangkit di awal-awal pagi supaya dia tidak berhadapan dengan Elya Nasuha. Setiap malam dia hanya mampu menjengah ke kamar isterinya itu setelah Elya Nasuha sudah lena. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk ubati kerinduannya.

Walaubagaimanapun, dalam hatinya masih ada kemushkilan. Pertanyaan yang masih perlu Elya Nasuha jawab untuknya. Siapa lelaki yang dilihatnya bertepuk tampar mesra dengan Elya Nasuha semasa di universiti? Lelaki yang sama dilihatnya makan tengahari dengan isterinya di Hotel Nikko. Apa hubungan mereka? Dan apa kaitan Hisyam dengan Elya Nasuha jika isterinya itu lansung tak mengenali mana-mana lelaki yang bernama Hisyam?

“ Encik Mikhail?” Tegur Lisa.

“Aaah, Lisa, ada apa?” Mikhail memandang pelik ke arah Lisa. Sejak bila Lisa ada kat sini?

“ Malam ni dinner dengan Global Intec dan press,” ujar Lisa sambil tersenyum.

“Oh, okey. Thanks Lisa,” ucap Mikhail.

MIKHAIL memerhati keadaan majlis yang serba mewah itu. Matanya tiba-tiba tertancap disuatu sudut yang dimana dia ternampak Elya Nasuha yang anggun dengan dress labuhnya lagi sedang berbual dengan sekumpulan wartawan yang hadir di situ. Isterinya itu pasti turut diundang pada acara malam ini.

Pantas dia mendekati Elya Nasuha dan menyapa mesra rakan- rakan isterinya itu. Elya Nasuha terkejut tapi masih mampu mengawal riak mukanya.

“Eh, you lah kan lelaki yang L cover untuk column dia bulan ni kan?” Tanya Ikwan, rakan sekerja Elya Nasuha.

Mikhail hanya menganguk sebelum tersenyum mesra.

“ Hmm, not bad jugak you ni,” puji Ikwan disambut hilai tawa yang lain.

Mikhail senyum lagi. Sekali-sekala matanya melirik ke arah Elya Nasuha yang bagai tiada perasaan itu. Marah lagi ke?

“ L.” Tegur satu suara. Mikhail segera memandang kearah suara yang memanggil isterinya itu. Lelaki itu!

“ Man,” Elya Nasuha memandang ke arah Azman.

“ Eh, Encik Mikhail pun ada kat sini?” Azman menyapa lelaki yang segak di hadapannya ini. lelaki yang sepatutnya di temubual olehnya , tetapi kerana ada perkara yang tak dapat dielakkan, Elya Nasuha pulak yang menggantikannya.

Mikhail mengerutkan dahinya. Lelaki ni kenal aku?

“ Azman…Saya Senior Editor Majalah GAYA MACHOKU, yang sepatutnya temubual encik hari tu, tapi sebab ada hal, kawan saya ni yang pergi,” Azman menghulurkan tangannya. Mesra.

Mikhail menyambut dengan lambat-lambat. Elya Nasuha di sebelahnya diam tidak berkutik. Hanya setia memerhati.

“Ohh…” Mikhail hanya mengangguk . kawan ke makwe? Desis hatinya.

“ L, jom kita pergi sebelah sana,” ajak Azman sambil buat muka comelnya. Mikhail yang melihatnya rasa macam nak muntah.

“ Ada apa kat sana tu? Interesting sangat ke?” Elya Nasuha menyoal sambil menjenguk-jengukkan kepalanya ke tempat yang ditunjukkan Azman. Suaminya di sebelah tidak dihiraukan.

“Alaa.. Adalah,” rengek Azman. Tidak mempedulikan orang disekeliling.

Mikhail menjeling kearah Elya Nasuha. Dia tidak mahu isterinya mengikut lelaki itu. Tiba-tiba sahaja idea jahatnya timbul. Hehehe…

Air minumannya yang masih berbaki ditumpahkan ke atas baju isterinya sebaik sahaja dia ingin bergerak.

“ Heish, apa ni?” marah Elya Nasuha. Habis bajunya basah dengan air minuman suaminya itu.

“ I’m so sorry, Cik Elya. I tak sengaja,” terang Mikhail. Sengaja ditekannya perkataan ‘cik’ itu di depan semua.

Elya Nasuha menjeling tajam sebelum bergerak keluar. Dia tahu Mikhail sengaja menumpahkan air ke atas bajunya. Tak guna betullah!

Mikhail tersenyum ringkas kepada semua rakan-rakan isterinya itu sebelum membuntuti langkah wanita itu keluar.

Mikhail keluar dari tandas dengan muka ketatnya. Dalam hati sudah berbakul-bakul seranah rasanya ingin disemburkan ke muka suaminya itu.

“ Dah okey ke?” tegur Mikhail selamba. Matanya tak lepas memandang ke tempat yang sudah dia tumpahkan air minumannya tadi. Teruk juga.

“ Kau sengaja je kan? Tumpahkan air atas aku!” Elya Nasuha sudah menyerang. Panas hatinya melihat suaminya itu.

Mikhail buat bodoh. Malas nak gaduh. Memang salah dia pun tumpahkan air kat baju Elya Nasuha supaya isteriya itu tak ikut Azman yang mengada tu!

“ Dah, jom kita balik!” arah Mikhail dengan tegas. Ada banyak yang perlu di selesaikan.

“ Aku tak nak balik lagi. Aku kena stay,”

“ Aku nak kau balik jugak!

“ Aku kata aku kena stay. Kau tak faham atau sengaja buat tak faham ni?” bentak Elya Nasuha.

“ Kau yang tak faham. Kau isteri aku. Kau kena ikut arahan aku!”

Mikhail sudah melelar tangan wanita itu sehingga ke keretanya. Rontaan Elya Nasuha sedikit pun tak dipedulikannya. Tubuh isterinya itu ditolak masuk kedalam kereta sebaik sahaja pintu dibuka.

“ Apa lagi yang kau nak ni?” soal Elya Nasuha tidak puas hati sebaik sahaja Mitsubishi Lancer milik lelaki itu bergerak.

Mikhail memandang sisi muka isterinya. Jelas riak muka orang yang tidak puas hati! Dia tak peduli! Yang penting urusan mereka perlu diselesaikan malam ini juga!

“ Err…Pertama aku nak tanya, kau sihat?” Tanpa serba salahnya Mikhail bertanya.

Elya Nasuha merengus kasar. Sebulan tinggalkan aku macam sampah, baru sekarang nak tanya aku sihat ke tidak!

“ Aku mintak maaf,”

“ Untuk apa?

“Untuk semua!”

“Dah terlambat!”

“Aku nak kita mula semula,”

“Aku tak nak!

Mikhail menjeling isterinya itu. Perlahan kereta yang dipandunya dibawa ke bahu jalan.

“Sekarang cakap, kenapa kau tak nak kita mula semula?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience