BAB 12

Romance Completed 7680

Elya Nasuha pula menjeling tajam kearah suaminya. Dah orang tak nak! Tak naklah!

“Aku dah serik!

“Tipu! Ini mesti sebab Azman!”

Elya Nasuha mengerutkan dahinya. Azman?

“ Dia takde kena mengena dalam soal kita,”

“Ada!”sambut Mikhail berang.

“Jangan salahkan dia kalau salah tu datang daripada kau,”

“ Dia salah. Sebab dia punca kita putus dulu!”

Elya Nasuha mengetap giginya. Geram!

“Kau curang dengan aku sebab diakan masa kita study dulu…”

“Jadi, sebab dialah kau mengamuk dan putuskan hubungan kita. Macam tu?” tebak Wlya Nasuha. Sayu!

Mikhail mengangguk kepalanya.

Elya Nasuha mengeluh perlahan. Kenapa sekarang baru semua nak dijelaskan? Kenapa tak dulu?

“ Aku nak balik!” pinta Elya Nasuha. Air matanya sudah bergenang. Dia perlu kekuatan sedikit untuk melangkah ke belakang, masa yang dimana semuanya bermula.

Mikhail memandang Elya Nasuha seketika sebelum melepaskan keluhan beratnya. Gear keretanya dimasukkan dan perlahan Mitsubishi Lancer itu bergerak memasuki lebuh raya.

Bunyi telefon bimbit milik Mikhail menggangu focus kerjanya. Skrin Samsung Ace itu dipandang sekejap. Hisyam?

“ Kalau kau nak bini kau ni selamat kau datang dekat kawasan Pelabuhan Klang lama tu. Jangan report kat Polis atau bawa siapa-siapa!” ujar Hisyam dengan suara tingginya.

Hati lelaki Mikhail berdebar kencang. Segera dia mengucap perlahan dalam hati. Mengawal debar.

“ Apa kau mengarut ni Syam?” ucap Mikhail dalam nada tenang.

“Oh, kau tak percayakan? Nah, kau dengar suara bini kau ni!” marah Hisyam .

“ Lepaskan akulah bodoh!”

Elya Nasuha! Mikhail mengurut dahinya perlahan. Ya Allah,Isterinya dalam bahaya!

“Apa yang kau nak?” Mikhail masih cuba berdiplomasi. Ketegangan hanya mencipta masalah.

“ Bagus! Aku nak kau mengaku dekat board yang semua penyelewengan yang aku buat tu sebenarnya kau yang buat,”

“Kalau aku tak nak?” provok Mikhail.

“Kalau kau tak nak, bini ekspres kau yang cantik ni tinggal nama sajelah untuk kau kenang!” ugut Hisyam seraya mematikan panggilan.

“Hello…Ahhh!”

Mikhail meramas rambutnya kasar. Dia perlu lakukan sesuatu. Kot bajunya dicapai dan segera dia keluar dari pejabatnya sebelum menitipkan beberapa pesanan kepada Lisa, setiausahanya.

***

“Hisyam!” panggil Mikhail. Kuat. Kawasan terbiar di hujung pelabuhan klang lama ini dipandang dengan debaran yang kencang. Mencari kelibat Hisyam yang masih tidak kelihatan.

Baru sahaja dia ingin memalingkan badannya ke belakang, kepalanya sudah diketuk kuat dari belakang. Pandangannya berbalam-balam sebelum kelam.

Kaki yang terasa ditendang beberapa kali mengejutkan Mikhail dari lenanya. Segera pandangannya dipakukan ke hadapannya. Elya Nasuha!

“ Baru nak bangun sekarang?” perli Elya Nasuha sebaik lelaki itu mencelikkan matanya.

“Kau okey?”

“ Tak okey! Tangan aku kena ikat dengan entah hantu raya mana pun aku tak tahu dan sekarang kau pulak sama dua kali lima je dengan aku,” balas Elya Nasuha dengan bengang.

Mikhail senyum nipis. Tahulah dia yang Elya Nasuha baik-baik sahaja. Matanya meliar mencari Hisyam sebelum pandangannya tertancap kepintu. Hisyam!

“Haa, dah bangun pasangan sehati dan sejiwa ni? Ujar Hisyam lalu melemparkan senyuman sinisnya kearah suami isteri itu.

“ Aku dah buat macam yang kau suruh, sekarang lepaskan kami,” kata Mikhail sambil meronta-ronta.

“Lepaskan? Tak mungkin aku buat macam tu!”

“Habis kau nak apa lagi? “ soal Elya Nasuha tidak puas hati.

“ Apa aku nak lagi ye? Takpe, sebelum tu biar aku bagitahu satu rahsia…” Hisyam berjeda sebentar.

“…sebenarnya kes korang kena tangkap khalwat tu aku yang buat. Aku tahu yang korang pernah couple once upon a time dulu tapi clash sebab cemburu. Pastu bila korang jumpa balik, korang saling benci-membenci. Betul tak?”

Mikhail tersentak! Elya Nasuha ternganga.

“ Jadi kaulah yang perangkap kami?” tanya Mikhail sudah kurang kesabaran.

“Ye, aku yang perangkap kau. Bini kau ni tak kenal aku pun kalau kau nak tahu,” jelas Hisyam masih dengan senyum sinisnya.

“Kenapa kau perangkap aku?”

“ Sebab apa ye? Ahh, sebab kau dah rampas jawatan chief engineer tu dari aku!” marah Hisyam tiba-tiba. Dah macam split personality pun ada…

“Sekarang aku nak bunuh kau. Tapi aku confused, nak bunuh kau dulu ke bini kau dulu?” sambung Hisyam lagi. Pistol ditangan diusap-usap.

Elya Nasuha merungkai ikatan ditangannya perlahan. Berjaya! Penat dia berusaha membuka ikatan ditangannya sepanjang si Hisyam dan suaminya ‘bersembang mesra’.

“Biar aku bagi jawapan, kau yang kena mampus dulu,” ujar Elya Nasuha sejurus itu menendang pistol yang berada dalam genggaman Hisyam. Pistol itu jatuh terpelanting kebawah kayu-kayu usang.

Mikhail terkejut dengan tindakan isterinya itu. Hisyam dilihatnya mendengus kasar sebelum menyerang isterinya itu. Lelaki itu mengepal jari jemarinya, bersiap sedia untuk menumbuk Elya Nasuha.

Elya Nasuha segera mengelak daripada di tumbuk Hisyam dan menghadiahkan lelaki itu dengan tendangan padunya dikelangkangnya Hisyam. Terduduk Hisyam dek penangan wanita itu.

Sejurus itu kedengaran siren kenderaan polis memasuki kawasan kilang itu. Polis segera menggari Hisyam yang masih terduduk menahan kesakitan di celah kelangkangnya.

Elya Nasuha melepaskan ikatan ditangan Mikhail. Tanpa pamitan, tubuhnya didakap oleh suaminya itu. Erat! Pelukan dilepaskan.

“ Terima kasih dan maafkan aku sebab tuduh kau macam –macam,” tutur Mikhail lembut lalu mencium ubun-ubun isterinya mesra.

Elya Nasuha tersenyum manis. Tiada siapa yang perlu dimaafkan lagi. Ini semua kehendak takdir untuk menguji dan mengembalikan cinta yang sememangnya milik mereka berdua.

“Aku nak bagitahu kau yang aku dengan Azman takde apa-apa hubungan,”terang Elya Nasuha lalu memaut tangan suaminya. Memohon pengertian.

Mikhail mengangguk perlahan seraya tersenyum.

“ Lagi satu, kau kena ucapkan terima kasih dekat seseorang,” tambah Elya Nasuha dengan suspen.

“Siapa?” tanya Mikhail pelik. Matanya memerhati sekeliling. Mencari orang yang dimaksudkan isterinya itu.

Elya Nasuha tergelak kecil melihat reaksi pelik suaminya itu sebelum menarik tangan lelaki itu ke perutnya. Tangan Mikhail diusapkan lembut keperutnya.

Mikhail tersentak! Biar betul?

“Betul?” soal Mikhail meminta kepastian. Raut wajah Elya Nasuha direnung lembut.

“Hmm..dah 3 minggu,” jawab Elya Nasuha malu-malu.

Mikhail menarik tubuh isterinya kedalam pelukannya. Gembira dengan berita yang dikhabarkan wanita itu.

“Sebab anak kitalah aku ada keberanian nak sepak Hisyam ‘kawan baik’ kau tu,” tambah Elya Nasuha tapi masih sempat memerli suaminya itu. Sengaja ditekan perkataan kawan baik itu.

Mikhail tergelak besar sahaja. Tahu dirinya diperli oleh si isteri.

“Dahlah sayang, mari kita balik. Kesian baby nak rehat. Kita balik freshen up kemudian kita mohon ampun dan maaf serta dapatkan restu daripada ayah. Itu yang terbaik kan? Ucap Mikhail seraya memimpin tangan Ely dari tempat yang banyak melakar memori hitam dan pedih buat mereka.

Kaki mereka melangkah pergi, enggan menoleh lagi. Dihadapan jalan baru menanti yang pasti ia akan datang dengan penuh restu dan bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience