BAB 5

Romance Completed 7675

Mikhail hanya merenung kosong kearah laman rumahnya. Sunyi. Itu yang dia rasa semenjak papa dan mamanya meninggal dunia lebih kurang setahun lalu. Sejak itu, dia sengaja menyibukkan dirinya dengan kerja-kerjanya di pejabat. Pertemuan dengan Elya Nasuha kelmarin cukup membuat hatinya tersayat.

Wanita itu sudah pandai bergaya. Tipu kalau dia kata yang dia tidak tergoda melihat penampilan penuh bergaya Elya. Namun, mengenangkan apa yang gadis itu buat padanya semasa mereka sama-sama menuntut di universiti sedikit sebanyak merobek hatinya kembali.

Cubalah kalau Elya Nasuha tidak berlaku curang padanya. Tentu dia sudah melamar wanita itu untuk menyerikan taman hatinya yang sunyi sepi ini. Sudahlah!Terlalu banyak ‘kalaulah’ pun tak baik untuk kesihatan. Lagipun bunga bukan sekuntum. Rilek sudah Mikhail oii!

ELYA NASUHA tergopoh-gapah memasuki pintu lif yang hampir tertutup itu. Termengah-mengah dia menyedut nafas yang bagaikan kehabisan simpanan udara. Ini semua gara-gara si Azman yang terlewat bagi tahu lokasi untuk sesi fotografi cover untuk bulan ini.

“ Hai, kalut kak! Lambat ye!” perli satu suara di belakangnya.

Elya memalingkan kepalanya. Bulat matanya dek terpandangkan lelaki yang teramat dikenalinya itu. Nasib baiklah dalam lif itu hanya ada dia dan mamat perasan bagus ni je. Kalau tak, takde orang suka tengok muka terkejut dirinya itu. Macam monyet jatuh pokok!

“ Aku takde masa nak bertekak dengan kau hari ni. Jadi baik kau duduk senyap-senyap dan jangan kacau aku,” Elya sudah mengeluarkan amarannya.

Mikhail tergelak sinis. Kau ingat aku takut dengan amaran kau tu!

“ uhhh… Takutnya aku,” sindir Mikhail lagi. Giat dia mengacau wanita di hadapannya ini.

“Eeii, kau ni betul-betul menguji kesabaran aku,” Kerana terlalu geram Elya Nasuha terus mencekak leher baju lelaki itu lalu menekan badan sasa Fadhil ke dinding. Nafasnya sudah tidak teratur. Dia sudahlah lambat, lif pulak macam tak nak bergerak dan lelaki ini pulak seronok mengacau ‘mood’nya yang sudah lari ni.

Mikhail yang tadinya sedikit tersentak kembali tersenyum sinis. Tunjuk kuat ye…Dengan tidak semena-mena dia pulak menarik wanita itu ke dalam pelukannya. Erat! Sehingga terasa setiap lekuk di badan gadis itu.

Elya meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia semakin kalut apabila lelaki itu sudah mendaratkan hidungnya ke lehernya yang memang sedikit terdedah itu.

“ Eeei.. Lepaslah” jerit Elya lalu menampar pipi milik Mikhail sebaik sahaja lelaki itu melepaskan pelukannya. Saat pintu lif terbuka, Elya terus berlari keluar tanpa memandang lelaki itu.

Mikhail hanya tersenyum pahit. Salah dia jugak. Bergurau terlampau! Selama dia bercinta dengan Elya dulu pun dia tidak pernah menyentuh mana-mana bahagian badan gadis itu. Entah apa yang merasuknya tadi sampai bertindak memeluk dan hampir meninggalkan ‘gigitan cinta’ di leher gadis itu. Ahh, kalau sudah berdua mesti ada yang ketiga, desis hati Mikhail sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience