BAB 1

Romance Completed 7675

Elya Nasuha memandang skrin laptopnya dengan pandangan yang tidak berkelip. Tekun menyiapkan artikel yang akan di masukkan dalam ruangan ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk majalah lelaki yang sedang meningkat naik, ‘GAYA MACHOKU’.

Dia sebenarnya agak kurang berkeyakinan semasa awal berkerja untuk majalah itu. Bukan apa, majalah itu sendiri sudah menggambarkan yang dia bakal di kelilingi jantina yang di klasifikasi sebagai LELAKI. Dari wartawan sampailah editornya semuanya lelaki!

Nasib baiklah makcik cleaner tu perempuan kalau tak terkontang-kantinglah dia dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi lelaki ini.

Bunyi ketukan di pintu sedikit mengganggu kosentrasinya. Tangannya sudah berhenti menaip.

“ Masuk,” arahnya sambil mata masih tertancap di skrin laptopnya.Membaca ulasan artikel yang baru ditulisnya.

“L?” panggil Azman, senior Editor untuk majalah lelaki itu sambil mengambil posisi tempat duduk di hadapan rakan sekerjanya itu.

“ Man, ada apa kau datang bilik aku ni?” Soal Elya Nasuha yang selesa di gelar ‘L’ di kalangan rakan sekerjanya itu. Rakan- rakan sekerjanyalah yang memberi nama panggilan tu. Kata mereka, baru boleh masuk jadi wartawan majalah ni kalau ada nama yang ‘cool’. Cool lah sangat!

Azman tersenyum. Dia menilik wajah gadis di hadapannya ini. Sekali pandang pun dia tahu yang Elya Nasuha seorang yang sangat berkarisma dan senang diajak berbincang. Sebab itulah dia selalu berkerjasama dengan gadis itu selain hasil kerjanya yang sangat bagus dalam memikat para pembaca lelaki di luar sana.

“ Aku saje datang melawat kau. Nak tunggu kau melawat aku memang taklah kan?” ujar Azman seperti berjauh hati. Sengaja menguji setakat mana gadis itu akan memberi reaksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience