BAB 9

Romance Completed 7675

MIKHAIL mengurut perlahan dahinya sebelum tangannya itu jatuh ke bibirnya. Hatinya sangat gembira apabila dapat menyakitkan perasaan isterinya itu. Selama sebulan mereka duduk bersama, dia sengaja mencari pasal dengan wanita itu. Kecewa. Ya, itu perasaannya setiap kali melihat Elya. Dia teringat peristiwa yang dimana dia ternampak wanita itu dengan seorang lelaki berjalan sambil bertepuk tampar mesra sewaktu mereka sama-sama belajar dulu. Itu mungkin boleh dimaafkan, tapi dia tak boleh maafkan bila Elya Nasuha ada hubungan dengan rakan sepejabatnya, Hisyam. Sampai sekarang dia tak nampak batang hidung Hisyam.

Tapi, sekurang-kurangnya pagi ni hatinya puas kerana dapat membalas dendamnya. Sedikit sebanyak hati lelakinya tercabar apabila di bandingkan dengan lelaki lain walaupun pada awalnya dia yang memulakan topik sensitif itu. Agaknya kalau tak mengenangkan yang dia harus mengejar meeting hari ini, pasti isterinya itu sudah terkulai di dalam dakapannya. Peduli apa dia kalaupun Elya Nasuha tidak rela. Dengan Hisyam dia boleh bagi, takkan dengan dirinya yang sudah sah lagi halal ini dia nak halang.

“ Encik Fadhil, lunch dengan pengurus projek KAZA kat Hotel Nikko pukul 12.30 tengahari ni confirm ye?” Suara Lisa, setiausahanya bergema di muka pintu biliknya. Entah bila gadis itu mengetuk pintu pun dia tidak perasan. Tapi yang penting dia sudah memberi kebenaran untuk Lisa terus masuk ke biliknya andai dia tidak perasan dengan kehadiran setiausahanya itu.

“Confirm Lisa. Pukul 12 karang awak ingatkan saya,” balas Fadhil lalu tersenyum ringkas kepada setiausaha yang sudah 3 tahun berbakti dengannya itu.

“ Baik!” Sambut Lisa dengan ceria sebelum melangkah keluar dari pejabat majikannya itu.

“Err, Lisa awak ada tahu tak Encik Hisyam pergi mana?” Tanya Fadhil sebelum setiausahanya itu keluar dari biliknya.

Lisa mengerutkan dahinya sebentar.

“ Kalau tak silap saya, Encik Hisyam digantung kerja dua bulan lepas sebab projek kat Brunei tu,khabarnya berlaku penyelewengan dan pecah amanah,” terang Lisa sebelum meminta kebenaran keluar.

Fadhil termanggu di kerusinya. Apa makna semua ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience