05

Zombie Completed 9873

Mica bangun lalu dia membuka baju dan menukar kepada sehelai t-shirt berkolar berwarna putih berbelang merah jambu dan berseluar jeans pendek berwarna biru gelap. Dia membetulkan rambutnya yang panjang itu. Kemudian dia mengesat wajahnya dengan sehelai tuala kecil.

Kelihatan Firaz masih lagi terlena. Mica serba salah mahu mengejut Firaz daripada lenanya tetapi apakan daya, Mica harus mengejutnya kerana mereka berdua harus beredar daripada situ supaya makhluk tersebut tidak dapat mengesan mereka.

“Raz, kau boleh bangun tak? Kita kena pergi dari sini. Aku nampak dengan hujung lorong sana dah penuh dengan zombi tu.” beritahunya. Firaz mengangguk perlahan dan cuba untuk bangun. Mica cuba membantunya.

“Kau bertahan pada bahu aku dan aku akan papah kau. Tangan kanan aku nak kena pegang senjata.” Firaz hanya mengangguk lemah. Dia terpaksa menguatkan diri demi menolong Mica mencari tempat yang selamat untuk mereka berteduh lagi. Perjalanan demi perjalanan sehingga Mica dan Firaz berhenti di hadapan sebuah pusat membeli-belah di tepi tasik. Suasana disitu sangat lenggang. Mica percaya bahawa makhluk tersebut belum sampai disitu lagi.

“Firaz, kau duduk dekat kedai ni dulu. Aku nak tambahkan lagi keperluan kita dalam beg ni. Kau jangan bergerak ke mana walau sedikit pun. Jangan menyusahkan aku nak mencari kau.” tegas Mica. Firaz menggeleng.

“Jangan tinggalkan aku… aku takut. Tolong jangan tinggalkan aku, mica. Aku merayu..” mohon Firaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience