08

Zombie Completed 9873

“Sayang, abang laparlah.” ngadu Khai sambil menggosok-gosok perutnya yang sakit itu. Mica bersimpati lantas mengeluarkan sebungkus biskut yang ada dalam beg galas yang dibawanya. Mica menyuap biskut tersebut ke dalam mulut Khai.

“Macam mana kita nak masuk dalam bangunan ini?” tanya Firaz dengan suara serak-serak. “Kau diamlah, jangan banyak cakap.” marah Mica. Mica masih lagi sakit hati dengan Firaz. Firaz terdiam, Khai hanya memandang sepi melihat mereka berdua.

“Ada jalan mungkin dibelakang sana.” teka Khai. Mica memandang belakang melihat jalan yang dikatakan oleh Khai. “Mungkin betul kata abang?” kata Mica. Khai memapah Firaz semula kemudian memimpin tangan Mica dan berjalan pergi ke arah belakang bangunan tersebut. Mereka terkejut kerana mempunyai beberapa bilangan orang yang ramai sedang berada di dalam bangunan tersebut.

“Jangan bergerak!” jerit salah seorang tentera yang berjaga di bangunan tersebut. Mica, Khai dan Firaz terpegun. “Kami akan periksa awak. Sekiranya kamu bertiga bersih akan kami bawa kamu masuk ke dalam tetapi kalau sebaliknya kamu dikenakan bunuh.” beritahu tentera tersebut. Mereka mula memeriksa Mica, Khai dan Firaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience