09

Zombie Completed 9873

“Akhirnya kita terselamat.” kata Khai. Firaz dibawa ke pusat rawatan dan dirawat oleh pakar disitu. Keadaan Firaz agak teruk dia banyak memerlukan alatan bantuan. Khai dan Mica duduk disebuah bangku ditepi kolam sambil makan makanan yang diberi.

“Abang, kenapa abang tinggalkan Mica?” tanya Mica dengan nada yang sedih. Khai terdiam sejenak.

“Abang fikir dengan cara abang menghilangkan diri hidup Mica akan menjadi lebih baik. Abang tahu pihak kolej Mica tidak pernah sukakan abang yang…” Mica bangun tanpa mendengar lagi penjelasan Khai. Khai mendapatkan Mica.

“Abang lebih pentingkan orang lain daripada Mica. Mica yang perlukan abang bukan orang-orang di kolej. Sengsara hidup Mica saat abang hilang begitu sahaja. Mica sanggup cari abang walaupun dalam keadaan hujan dan gelap-gelita.” mica mula tersedu-sedan. Khai cuba untuk memeluk Mica tetapi Mica menolaknya.
“Sayang, maafkan abang… abang janji abang takkan tinggalkan Mica lagi. Maafkan abang… maaf…” rayu Khai. Baru Khai sedar tanpa Mica disisinya, kehidupannya menjadi malap. Mica perwarna kehidupannya. Dia perlukan Mica disisinya.

“Tinggalkanlah Mica lagi. Mica rela…” kata Mica dengan nada rajuk. “Tak.. abang tak nak tinggalkan Mica lagi. Abang janji… tolong bagi abang peluang terakhir.” sedang-sedang mereka berdrama dengan penuh tangisan, terdengar bunyi tembakan di luar bangunan. Khai segera menggengam tangan Mica.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience