02

Zombie Completed 9873

“Kau boleh bertahan tak? Aku nak cari bilik yang boleh kita berteduh sementara.” tanya Mica. Firaz yang dalam keadaan longlai mengangguk perlahan. Mica meninggalkan Firaz bersama sepucuk pistol sementara dia mencari tempat yang selamat.

Beberapa minit kemudian, Mica memapah Firaz masuk ke dalam bilik yang dijumpai selamat daripada makhluk-makhluk yang mengejar mereka. “Kau berehat supaya pendarahan kau berkurangan…” pesan Mica. Firaz, Mica baringkan Firaz di tempat yang mempunyai alas supaya Firaz dapat berehat.

“Mica jangan tinggalkan aku. Aku merayu….” belum sempat Firaz menghabiskan kata-katanya, Mica memotong percakapannya. “Diam. Aku tak nak dengar kau merayu-rayu. Rayuan kau ni takkan dapat bersihkan nama aku dan pakwe aku. Disebabkan kau pakwe aku menghilangkan diri. Mana aku nak cari dia?” nangis Mica. Firaz terdiam. Dia juga menangis kerana kesilapan dia, Mica dipisahkan dengan pakwenya.

“Aku akan bantu kau cari dia, Mica. Aku janji…” Mica menjeling ke arah Firaz. “Fikir aku percaya cakap kau?” sinis Mica. Firaz mengeluh kecil. Dia berfikir bagaimana mahu mendapatkan kemaafan daripada Mica.

“Mica…” rayu Firaz namun Mica hanya memusingkan bebola matanya kemudian berehat di bahagian hujung bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience