15

Zombie Completed 9873

Keesokannya, Mica dikejutkan oleh Khai. Kelihatan ramai penyelamat berseragam seperti angkasawan datang menyelamatkan mereka. Mica diperiksa oleh seseorang penyelamat begitu juga dengan Khai. Selepas diperiksa, mereka berdua digari dan kemudian dimasukkan ke dalam dua buah van yang berbeza. Mereka sekali lagi terpisah.

“Mica!!!”

“Khaii!!”

Jeritan mereka diabaikan oleh penyelamat tersebut. Dua buah van bergerak meninggalkan perkarangan rumah teres tersebut dan menuju ke bangunan yang lebih besar bercatkan warna putih cerah. Mica dan Khai disuntikkan dengan dos yang agak tinggi sehingga mereka menjadi tidak sedarkan diri dan yang lebih teruk Mica disuntik dos hilang ingatan manakala Khai tidak diberi suntikan tersebut. Kemungkinan besar Mica tidak akan ingat pada Khai, kekasih kesayangannya.
Van tersebut berhenti di dalam parkir bangunan tersebut. Khai meronta-ronta minta dilepaskan apabila dia ternampak Mica digendong oleh seorang penyelamat. Tubuh Mica terkulai lemah ia membuatkan Khai bertambah panik.

“Aku nak sayang aku! Lepaskan akulah!” pelbagai cara Khai buat untuk melepaskan dirinya tetapi gagal sehinggalah salah seorang penyelamat disitu menumbuk wajah Khai dan kemudian diberikan sekali lagi suntikan dos tinggi.

Mica lupa ingatan? Khai tidak sedarkan diri? Apa yang bakal berlaku pada mereka berdua ini? Apa yang terjadi pada dunia sebenarnya? Siapakah dalang semua permainan jahat ini? Adakah ianya sebuah permainan khayalan mereka atau realiti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience