10

Zombie Completed 9873

“Apa yang berlaku?” tanya Khai pada salah seorang tentera yang sedang mengagihkan topeng muka kepada mangsa-mangsa yang ada disitu.

“Makhluk tersebut berjaya masuk ke dalam bangunan ni. Bangunan ini menjadi zon merah. Kita kena selamatkan diri kita segera dengan memakai topeng muka ini sebagai pelindung.” beritahu tentera. Khai tercengang. Baru sahaja dia mahu menenangkan Mica, ada lagi masalah yang muncul.

“Sayang, ikut abang.” selepas Khai mendapatkan dua keping topeng muka segera dia menarik tangan Mica masuk ke dalam bilik dan mengemas barang-barang mereka. Firaz mereka tak dapat dikesan dimanakah dia. Kemudian Khai dan Mica berlari masuk ke dalam bilik rahsia yang mempunyai senjata yang terletak di hujung bangunan. Khai orang pertama yang perasan bilik tersebut dikunci ketat namun dengan sekali hentakkan kayu pada mangga yang berkunci tersebut terus terbuka pintunya.

“Mica, lekas sayang.” Mica terus menyambut huluran tangan Khai untuk memanjat pagar keluar dari bangunan ini.

“Abang, janji jangan tinggalkan sayang lagi.” Khai mengangguk bersungguh-sungguh. Mereka berlari sepuas hati mereka sehingga masuk ke dalam hutan tebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience