14

Zombie Completed 9873

Sudah dua kali Khai memuntahkan isi perutnya. Mica mula khuatir. “Demam abang tak kebah lagi. Abang kena banyak berehat ni. Tapi kita kena pergi dari sini. Sayang tengok tadi ada banyak zombi dekat ruangan hadapan kedai ni.” Khai mengangguk sambil berkerut-kerut dahinya menahan muntah.

Mica memapah Khai dan perlahan-lahan keluar daripada kedai tersebut mengikut pintu belakang kedai. Khai dalam keadaan lemah tetapi digagahkan juga tubuhnya demi kesayangannya, Mica.

“Sayang, cuba cari sebuah rumah yang dapat kita berteduh sementara. Abang tak laratlah.” ngadu Khai. Mica menurut kata-kata Khai. Dia cuba mencari sebuah rumah di kawasan taman tersebut. Kebanyakan rumah-rumah teres yang sudah berselerak barang-barang di luar rumah.

Akhirnya, mereka berdua dapat berteduh di dalam sebuah rumah teres berwarna biru cair dan beratap merah gelap. Cuaca pada petang itu agak mendung seperti mahu hujan. Awan hitam sudah mula mengambil alih tempat awan-awan putih.

“Abang rehat ya. Sayang nak pergi dapur, kot-kot boleh buat air panas dan bubur untuk abang.” Khai berat nak lepaskan Mica ke dapur kerana takut Mica diapa-apakan. “Sayang okey je abang… jangan risau okey.” Khai terdiam. Mica terus pergi ke dapur dan mendapatkan cerek yang boleh dibuat air panas. Mujur gas masih lagi berisi. Sesiap air panas, Mica membancuh air kopi yang memang ada di dalam kabinet kemudian dia mengambil sepeket biskut mentega gula kemudian dia membawanya ke ruang tamu.

Kelihatan Khai sedang memejam mata. Tubuhnya sedikit menggigil. “Abang sayang, meh panaskan sikit dengan air kopi sayang buat ni lepastu isi perut tu dengan biskut ni. Nak buat bubur sayang tak jumpa beras.” Khai dibantu untuk bangun oleh Mica. Mica menyuap biskut tersebut.

Setelah mengisi perut, Khai sudah terlena di dalam pangkuan Mica manakala Mica membaca sehelai kertas A3 yang terselit dibawah sofa. Dia meneliti setiap bait-bait huruf di dalam kertas A3 tersebut.
Eksperimen Cecair Yang Rosak Dibaikpulih
Oleh ……

Tulisan tersebut tidak dapat dibaca dengan baik kerana sesetengah perkataan sudah luput akibat terkena basahan air. Mica musykil. Dia mahu tahu siapa dalang yang mewujudkan zombi ini. Eksperimen yang sudah rosak kenapa mahu gatal-gatal nak dibaikpulih? Marah Mica. Disebabkan eksperimen ini, kehidupan Mica dan Khai huru-hara.

Mica memusingkan belakang kertas A3 tersebut. Terdapat rajah-rajah yang dilukis oleh pembuat eksperimen ini. Mica memandang wajah Khai yang sudah lena tidur, diusapnya lembut wajah kesayangannya itu. Dalam hatinya berkata bilalah hari bahagianya mahu muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience