04

Zombie Completed 9873

Flashback

“Sayang, abang ada bawakan nasi goreng kegemaran sayang…” ceria Khai memberi bekal kepada Mica dengan gembiranya. Mica yang baru sahaja habis kelas dengan gembiranya mencium pipi kanan kekasih hatinya. Dia sangat berasa beruntung mendapat kekasih seperti Khai kerana Khai seorang yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Terima kasih abang sayang… Mica memang lapar ni..” Khai tersenyum. Khai menyuap Mica makan sehingga licin bekal tersebut dikerjakan oleh mereka berdua. Kelihatan sepasang mata sedang memerhatikan mereka bermesra-mesraan.

“Abang, hari ini sayang dapat markah tinggi dalam subjek English.” beritahu Mica dengan terujanya.

“Baguslah kalau macam tu, abang tumpang gembira.” Khai mencium dahi Mica lama sambil mengalirkan air mata. “Kenapa abang menangis?” tanya Mica sambil mengesatkan air mata Khai yang mengalir deras.

“Rinduu…” Mica tersenyum. Mica berasa sangat bahagia apabila dia bersama Khai. Tanpa Khai, hidup Mica akan berasa kekosongan.

“Mica akan sentiasa mencintai abang sehingga akhir hayat Mica.” janji Mica. Khai tersenyum lebar. “Makin tak sabar abang nak hidup semati dengan kesayangan abang ni.” Khai mencuit manja hidung Mica kemudian mereka pulang ke rumah menaiki motorsikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience