13

Zombie Completed 9873

Sudah tiga hari mereka berteduh di kedai makan itu, sudah tiga hari juga Khai sakit teruk. Batuk kuat dan demam panas. Mica sentiasa menjaganya siang dan malam tanpa henti. Pelbagai jenis ubat yang diberikan kepada Khai.

“Abang dah rasa okey sikit?” Khai tersenyum lemah. “sikit… badan rasa sengal-sengal… tekak tak selera.” mica tersenyum. “kalau Mica suapkan, abang selera tak?” cepat sahaja Khai menganggukkan kepalanya sambil tersengih.

“Mengada-ngada…” Khai tersenyum kecil.

“Abang, agaknya Firaz macam mana keadaan diakan? Sayang serba salah dengan dia dulu, asyik minta maaf dengan sayang je tapi sayang abaikan dia sebab masa tu sayang benci sangat dekat dia.” Khai terlentuk kepalanya di atas bahu Mica.

“Abang pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin dia dah tak ada? Keadaan dia masa tu pun dah teruk lagi nak larikan diri dalam keadaan dia macam tu.” Mica terdiam. Dia sebenarnya sudah pun memaafkan kesalahan Firaz cuma dia mahu tunjuk kepada Firaz bahawa dia masih lagi sakit hati dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience