BAB 6

Romance Completed 3875

“KAU kat mana nih?!” tanya suara di hujung talian. Amin menjauhkan telefon bimbitnya. Memekik aje. Ingat dia nie pekak tuli ke?

“Aku kat simpang jalan. Depan tu ada jambatan…ar…ada lembu-lembu juga,”jawab Amin sambil terjenguk-jenguk ke luar keretanya.

“Oh, okey. Kau belok kanan. Kemudian jalan lurus. Jumpa satu rumah warna kuning…kau gerak sekarang,” arah Salman di hujung talian.

Amin menurut tanpa banyak tanya. Setelah, membelok, jalan lurus , akhirnya Amin memberhentikan keretanya di hadapan rumah kayu yang berwarna kuning di hadapannya. Amin keluar dari perut keretanya. Wah, cantiknya rumah Salman. Halaman yang bersih. Rumah yang agak besar.

“Dah tak nih?!” suara Salman yang memekik di hujung talian, mengejutkan Amin.

“Dah…mana kau erk? Tak nampak pun?” Mata Amin melilau mencari kelibat Salman. Takkan Salman ni main sembunyi-sembunyi pulak dengan dia.

“Bongok!. Itu bukan rumah aku. Rumah aku tiga langkau dari rumah mak mentua aku. Kau pergi sekarang,” jawab Salman.

“Oh gitu ker?”

“Yelah,” Tut..tutt…talian diputuskan.

Amin masuk semula ke dalam perut kereta. Dipandunya semula keretanya menuju ke arah rumah yang Salman maksudkan. Kereta berhenti di hadapan sebuah rumah yang berwarna merah jambu. Bapak minah, jambunya warna. Ternganga sekejap mulut Amin. Bila aje, Salman berdiri di depan pintu, cepat-cepat mulutnya dikatup.

“Masuklah,” jemput Salman lembut.

Amin kerut dahi. Hai, tadi tengking-tengking lani (sekarang) lembut aje bunyinya. Amin melangkah masuk. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa merah hati. Ruang tamu rumah Salman ditilik. Semuanya merah jambu. Dari langsir hingga ke pintu, jambu je.

“Ini semua isteri aku punya kerjalah. Sayang bini punya pasal aku sanggup ikut kehendak dia. Biasalah, dia kan tengah mengandungkan anak sulung kami,” ujar Salman tanpa ditanya.

Amin angguk kepala. Buat-buat faham. Tapi sebenarnya dia tak faham, satu pun apa yang Salman cakapkan.

“Masa kau call aku tadi, aku tengah bertarung nyawa dalam tandas. Sakit sangat perut aku makan tempoyak basi,” cerita Salman lagi.

Amin mengganguk kepala lagi. Hah, yang ini dia faham. Mahu tak bengal telinga dia bila Salman terpekik terlolong macam orang hilang isteri jer.

“Okey. So, bila aku boleh start nih?” Amin bertanya.

“Esok,” pendek aje jawapan Salman.

Mata Amin membulat. Mak aih, cepatnya. Tak boleh ke kasi aku rilek dulu? Penat memandu dari KL ada lagi nie.

“Esok, aku nak pergi hospital,” ujar Salman seolah-olah dapat membaca fikiran Amin.

Amin tarik sengih. Yelah, esok juga dia mula. Tahulah orang tu sayang sangat kat bini dia, sampai dah tak sabar nak jaga bini dia. Bini Salman dah beranak tapi terpaksa ditahan di wad. Kehilangan banyak darah. Ala, berlaku pendarahanlah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience