BAB 19

Romance Completed 3875

SAKINAH menguap besar. Huwarhh! Ngantuknya. Pen di tangan dilepas. Sakinah mendongak merenung siling berwarna hijau muda. Fikirannya melayang mengimbas kejadian empat tahun yang lepas…( lebah mula terbang mengelilingi kepala Sakinah) …one.. two…three…take!

Sakinah berjalan menuju ke gerai duriannya. Sampai je lubang hidung Sakinah bergerak-gerak. Pergh, bau apa ni?! Busuk sangat nih. Sakinah menunduk ke bawah meja. Dipasang torchlight di tangan. Terang-benderang. Membuntang bijik mata hitam dan putih Sakinah apabila melihat ‘harta karun’

yang berlambak di bawah meja dia. Ini mesti mamat durian tu letak tadi.

Kutip? Tak. Kutip jelah. Tak. Lima minit Sakinah berfikir sambil hidung yang ditutup dengan tangan, suara orang memberi salam kedengaran.

Sakinah panggung kepala.

“Mak hantu plastik!!!” Sakinah menjerit separuh terkejut. (sempat lagi salam yang diberi dijawab di dalam hati)

“Hei…hei…kami ni oranglah,” suara garau seorang lelaki membuatkan Sakinah menyuluh ke arah lelaki-lelaki yang berpakaian serba putih di hadapannya.

Zoom in…zoom out jap…okey manusia tulen dan asli.

“Encik-encik, pak cik-pak cik , atuk-atuk, abah-abah angkat ni nak ape?!” Sakinah bertanya pelik. Dari mana pulalah manusia-manusia serba putih nih. Orang bunian ke? Tapi takkanlah orang bunian pegang torchlight.

“Cik ini sudah tertangkap berkhalwat…” jawapan yang memeranjatkan Sakinah.

Sakinah sudah membuat muka tak faham. Khalwat? Apa tu? Khalwat yang uhuk…uhuk tu ke? (Ceh, sempat lagi berfikir)

“Khalwat?!” tanya Sakinah terkejut. Bila masa pula dia berkhalwat. Tang sengsorang

aje dia kat sini. Mana ada lelaki mana-mana pun. Adapun…mamat durian tu! Tapi tadi jelah dia ada kat sini. Sekarang dah balik dah pun.( kot-kot jelah)

“Ye, cik dituduh berkhalwat bersama lelaki ini…” lelaki yang lain menjawab soalan Sakinah. Disuruhnya dua orang lelaki lain di belakangnya menarik seseorang. Ergh…ergh…

Sakinah menilik. Apa tu? Berat semacam jerk.

Seorang lelaki ditolak ke hadapan. Sakinah menyuluh.

Amin menunduk. Silalulah minah!

Sakinah terkejut cicak kobeng. Mamat durian? Hai, tak balik lagi ke?

“Cik ikut kami ke balai polis sekarang…” seorang lelaki mahu menarik tangan Sakinah.

“Chup-chup!! Lepaskan saya…” Sakinah dilepaskan.

“Encik-encik ni siapa? Boleh saya tahu?!” Sakinah bertanya terus. (Kes tak puas hati)

Lelaki-lelaki yang berjubah putih berpandangan sesama sendiri. Ye tak ye jugak…lupa pula nak perkenalkan diri. Dah terlambat lima belas minit tiga puluh tiga saat dah pun.

“Kami dari jabatan agama Islam. Ini buktinya…”lelaki yang berjanggut hingga ke dada menjawab. Kad yang sebijik macam kad UNO ditunjuk di hadapan Sakinah. Sesaat je. Kemudian di simpan semula.

Sakinah tayang tahi gigi. Heheheh. Betullah. Jabatang agama Islam. Ngee… seram sejuk dah bulu kaki minah ni mak.

“Cik…sila ikut kami sekarang,”

“Eh, mana boleh. Apa bukti saya berkhalwat dengan orang gila ni? Sila beri bukti anda,”( wah gaya macam hakim di kandang lembu bercakap je)

Amin yang menunduk cepat-cepat mengangkat kepala. Matanya membulat. Hek eleh

minah ni, tuduh aku gila pula. Nasib baik kau tu perempuan, kalau tak dah lama kau tu aku matikan. Amin hendak bersuara tetapi apabila menyedari isyarat mata Sakinah yang dah kenyit-kenyit tu, ditutup semula mulutnya. Kita tengok jelah, apa yang minah ni buat.

“Macam mana cik tahu dia gila, kurang waras?”

“Hek eleh pak cik-pak cik ni. Tengoklah mamat ni, pakai singlet angry bird, lepas tu berseluar pendek. Tak gila ke tu? Lagipun saya penduduk tetap di sini, selalu jugak saya tengok dia merayau kejar anak monyet,”

Amin ketap bibir. Kurang hempedu! Mentang-mentanglah aku biarkan aje kau bercakap, jadi heroin sekejap, kau dah ambil kesempatan terus erk. Siaplah kau, bila aku masih tak terlepas jugak.

Pak cik-pak cik pencegah maksiat garu kepala. Bla…bla…bla…(berbincang

sekejap) Sakinah dipandang.

“Kalau begitu, apa yang cik lakukan di sini?!” Perk! Soalan penjara.

Sakinah berfikir. Fikir Sakinah fikir. Kau bijakkan? Buktikan kau tak

tertangkap khalwat dengan mamat durian ni. Ting! Ahah!

“Saya tinggal sini!” jawapan yang laju dari mulut Sakinah.

Pak cik-pak cik kerut dahi masing-masing.

Amin pula dah mengeluh lemah. Pergh, gila perempuan ni cakap dia tinggal

kat sini.

“Nape tak percaya? Saya tidur sini tau. Tengok beg baju yang saya bawa…” Sakinah mengeluarkan beg hitamnya. Dikeluarkan satu persatu isi yang ada.

Bantal. Botol air. Pinggan. Sudu. Garpu. Gelas. Tempoyak. Buah durian sebijik. Baju kelawar. Telekung pun ada. Heheheh. (Inilah namanya bersedia sebelum kena)

Kerutan di dahi pak cik-pak cik masing tak hilang.

Amin pula dah ternganga habis. Terkejut gila dia.

“Nape masih tak percaya?”

“Saya nak periksa tempat tidur kamu,”

“Oh, silakan. Kat bawah ni je. Almaklumlah minggu lepas rumah saya terbakar disebabkan ubat nyamuk Ridsect Goodnight itu pasallah saya jadi penghuni tetap kat gerai ni. Ni gerai saya yang punya. Harta sehelai sepiring saya,” jawab Sakinah panjang lebar.

Amin menggeleng kepala. Ada-ada je idea gila minah durian nih.

Pak cik yang berjanggut hingga ke perut datang mendekat. Disuluhnya ke bawah meja. Lama. Kemudian, dia menggamit saudara maranya.(hentam jelah. Dah tak tahu kan)

“Cik…kenapa ada lampin pakai buang bayi di sini? Adakah ini anak cik yang punya?!”

Sakinah yang asyik tersenyum terkejut landak. Lampin pakai buang bayi pulak? Sakinah mendekat. Terjojol biji matanya. Pergh…patutlah bau jerk tadi. Amin dipandang.

Amin yang perasan Sakinah memandangnya menunduk. Tahu takut pak cik!

“Oh…er…er…oh, itu saya yang punya! Kenapa ada masalah dengan benda alah tu ke?” Sekarang ni muka Sakinah dah merah gaban. Nasib baik gelap. Kalau tak memang malu siot!

“Kenapa cik gunakan ini?”

Erk?

“Saya ada penyakit kencing malam encik. Setiap satu jam, saya akan terkencing. Malas nak pergi tandas awam punya pasal, saya beli lampin pakai buang dan pakailah…” (weh, sah cerita rekaan kepala hotak jahat Sakinah)

Amin menahan kentut yang hendak keluar. Tak tahan geli punggung sangat ar bila dengar minah durian tu merepek kerepek.

Bla…bla…bla…erk…ya…ya…pak cik-pak cik pencegah maksiat pandang Sakinah.

“Kami lepaskan awak berdua…”putus mereka.

Sakinah usap muka. Alhamdulilah. Akhirnya. Nasib baik dilepaskan. Kalau tak, memang dah bau kambing badan dia. (mahu tak bau kambing bila badan dah rendam peluh)

Amin dilepaskan. Pak cik-pak cik pencegah maksiat berlalu pergi.

Sakinah mengemas isi kandung begnya. ‘Harta karun’ yang disembunyikan di bawah meja dikutip satu persatu. Dibuang ke dalam tong sampah. Amin yang dah jadi pokok kayu tidak dihiraukan. Siap je, Sakinah berlalu pergi. Tidak pula Amin mengejar. (Gila nak kejar. Ingat ni cerita hindustan ke? Kalau cerita tamil Chandramukhi bolehlah diterima ekoran waktu sekarang di Malaysia)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience