BAB 22

Romance Completed 3878

SAKINAH memberhentikan keretanya di tempat parkir. Laju sahaja kakinya dihayun menuju ke Pantai Port Dickson. Malas mahu pulang ke rumah awal. Pulang awal pun bukannya ada teman buat bercakap. Safiah sudah tiga hari oustation. Biasalah bekerja sebagai pramugari memang memerlukan Safiah untuk ke luar negara. Punggungnya dilabuhkan di atas sebatang pokok kayu yang sengaja ditumbangkan.

Lima belas minit kemudian…

Anak matanya meliar memandang orang-orang di sekeliling. Bosan duduk sendiri tanpa ada teman berbual membuatkan Sakinah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan. Nak tinjau barang-barang yang dijual di gerai-gerai yang ada. Manalah tahu ada yang menarik hati boleh dia beli.

Tiba-tiba anak mata Sakinah menangkap sebuah gerai yang menjual durian. Wah buah durianlah mak cik! Laju aje Sakinah menyusun lenggok menghampiri gerai durian yang sunyi sepi tiada berpelanggan.

Sakinah berhenti. Kemudian dia duduk bertinggung. Anak matanya berjalan-jalan memerhati durian yang ada. Setompok jer tinggal. Mak aih, tak sempat nak pilih.

“Ini aje ke yang tinggal pak cik?” tanya Sakinah. Jari jemarinya menyentuh tiga biji durian di hadapannya. Diambil lalu dihidu-hidu.

“Ahah nak. Ini aje yang tinggal. Yang lain dah habis dibeli…” jawab seorang mak cik.

Sakinah tersentak. Cepat-cepat dia angkat kepala. Dipandangnya manusia dihadapannya. Erk…mak ciklah pula. Sakinah tersenyum. Tersengih-sengih. Malu siot! Senyumannya dibalas mak cik yang berkurung kuning dihadapannya.

“Anak nak beli ker?” tanya mak cik durian.

Sakinah berfikir sejenak. Er…beli? Tak. Beli? Tak. Beli jelah.

“Okeylah saya…”belum habis Sakinah menjawab suara seseorang memintas.

“Mak cik…saya nak beli habis durian ni. Ikatkan.”

Sakinah tersentak. Dia nak beli? Hek eleh, ini durian aku dulu yang cop. Dah ada cap jari aku pun dah.

“Tak boleh mak cik. Ikatkan durian ini untuk saya. Saya yang dulu,” pintas Sakinah.

Pemilik suara terkejut. Minah yang duduk bertinggung sebiji macam orang tengah buang air besar dipandang sekejap. Kemudian wajah mak cik yang dah serba salah dihadapannya dipandang.

“Tak mak cik. Saya yang sebut saya nak dulu. Jadi ikatkan untuk saya,”

Sakinah sudah mengetap bibir geram. Hek eleh, pak cik ini durian saya yang punya!

“Mak cik…durian ini saya yang punya. Nah amik dua puluh ringgit ni,” Sakinah

hulur dua puluh ringgit.

Pemilik suara membulatkan mata. Tidak!!!

“Mak cik, amik lima puluh ni. Bagikan kepada saya durian-durian ni,”

Wah-wah ini dah lebih ni pak cik! Sakinah berdiri. Pinggangnya dicekak.

“Hei awak yang budiman, durian ini saya yang punya. Saya yang dulu nak beli. Awak tak boleh main potong-potong line cenggitu jer…” Sakinah bersuara.

Pemilik suara itu menoleh dengan perasaan geram.

“Hei cik yang…cantik…”kata-katanya mati begitu sahaja. Matanya mencerlung memandang minah di hadapannya.

Sakinah tersentak.

“Mamat durian?”

“Minah durian…er…Sak…Sakinah…”

“Tak apalah mak cik, kasi jer durian ni pada encik ni. Saya tak jadi nak beli,” ujar Sakinah lalu berlalu pergi. Tak ada mood terus. Tengok je muka dia hilang mood nak makan durian. Belilah. Beli banyak. Ingat kat KL ni satu je ker tempat jual durian? Banyak lagilah mamat.

Amin tercengang-cengang. Takkan dia masih berdendam dengan aku pulak kot?

Matanya menghantar langkah Sakinah yang semakin menjauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience