BAB 7

Romance Completed 3875

“Eh…taklah encik. Tapi saya dengar cite durian tu…” Sakinah menggamit Amin mendekat.

Amin mendekat.

Sakinah pandang sekeliling. Okey line clear! Manalah tau apek jual durian tu datang, kang dengar pula dia.

“Durian tu apa?” tanya Amin dengan tidak sabarnya.

“Durian tu, durian tahun lepas. Tak baik punya!”

Amin kerut dahi.

“Mana awak tahu tak baik?!”

“Sebabnya apek jual durian tu simpan durian tu dari tahun lepas, tak habis dijual, dia simpan. Kemudian dia jual semula,” weh, jahatnya mulut kau Saki. Main fitnah pulak. Sedangkan kau tak tahu apa-apa. Apek jual durian tu, pun kau tak pernah tengok apalagi kenal.

Amin meletakkan kembali durian yang dipegangnya.

Sakinah pelik. Aik? Tak jadi beli ker? Janganlah begini encik abang. Penat tau saya burukkan durian seberang tu. Janganlah kasi saya dapat dosa kering hari ni.

“Tak jadi beli ke encik?” (sudah tahu lagi mahu tanya)

“Tak.” pendek aje jawapan Amin.

“Kenapa pula? Tak sedap ke baunya? ”

“Bukan,”

“Habis tu? Tak tahu nak pilih? Rambang mata sangat?”

“Bukan juga,”

“Habis tu? Tak suka?”

“Saya dah ada banyak durian. Itu durian saya. Sayalah yang menjual durian tu,” Amin menunjuk ke arah gerai duriannya. Pembetulan. Gerai durian Salman. Dia tolong menjual je sementara isteri Salman belum keluar dari hospital.

Sakinah tersentak. Tergamam. Terkejut. What??? Dia tauke durian jugak? Dan durian-durian tu dia yang punya? Mati aku!

“Oh, itu durian kau?!!” Puff! Hilang sekelip mata budi bahasa Sakinah.

“Yelah. Takkan apek cina punya kot?!” Amin angkat kening sebelah. Suka hati buah betik dia aje cakap durian yang aku jual tak baik. Tak baik punya perempuan. Mulut cantik, tapi cepuk aje bila bercakap.

“So, kalau itu durian kau, blahlah!!! Apa lagi yang kau tercegat depan gerai durian aku ??! Blah!!! Blah!!!” halau Sakinah. Menggeledak rasa marahnya. Dia ni paling pantang bila tauke durian datang gerai dia. Tambah-tambah lagi, tauke durian tu jual durian tak jauh dari tempatnya berjual. Boleh hilang pelanggan tetapnya selama ini.

“Hoi, kau ingat aku hingin sangat ke nak berdiri depan gerai bau tahi ayam kau ni? Dalam mimpi pun aku tak hingin tau!!!” marah Amin. Lantang je suara dia. Beberapa orang pelanggan yang lalu lalang nak beli durian terus berlalu pergi. Tak jadi nak beli bila tengok mamat dan minah durian kelahi pasal durian. (Lumrah dalam dunia perniagaan)

“Syuhhh…syuh…blahlah kau mamat durian!!” halau Sakinah lagi. Sebijik macam menghalau lalat jerk.

Amin mencekak pinggang. Dia halau aku? Dia ingat aku ni lalat ke?

“Tak apa kau minah. Mulai hari ini kita bermusuh. Kita tengok durian siapa yang laku.

Kau atau aku? We will see!” Amin berlalu pergi ke arah gerai duriannya.

“Hei, tak heran langsunglah dengan kau ni. Aku yakin lagi confirm durian yang aku jual yang akan laku. Durian kau? Huh, habuk tak kurang,” kutuk Sakinah sakit hati. Okey, jadi ini kau nak ya? Aku akan pastikan durian kau takkan akan laku. Sikit pun tak. Kita tengok jer nanti, getus hati Sakinah. Amin di gerainya dijeling. Kalau dia tahu dari awal, mamat tu, tauke durian gerai seberang, haram dia nak kasi sentuh dia punya durian. Jangan-jangan…

Cepat-cepat Sakinah ambil durian yang disentuh oleh Amin tadi. Sebelum itu, tangannya di balut dengan lima lapis plastik. Dimasukkan terus di dalam tong sampah. Bukan apa, ini sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu dengan niat busuk yang bersarang di dalam hati dia, dia letakkan minyak dagu kat durian tadi. Dan tempiasnya, kesemua durian dia yang kena. Kang tak laku pulak!

Amin menjeling minah durian di hujung sana. Kurang ajar punya perempuan. Mulut bau longkang. Nasib baik aku tahu. Kalau tak mahu hilang maruah durian aku di fitnahnya, getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience