BAB 10

Romance Completed 3875

SAKINAH menyusun-nyusun durian-durian di gerainya. Susun kemas-kemas sikit. Biar pelanggan tertarik. Dah dua minggu dah berniaga buah durian atuk.

Setiap hari laku aje durian dia bila abang bangla beli durian kat gerai dia. Malah abang bangla tu siap rekomenkan lagi durian yang dia jual kat kengkawan dia.

Laku memang laku, tapi penat bila dia terpaksa maniskan muka depan abang bangla.(Walaupun masa tu dia dah tak tahan sangat nak layan)

Sakinah yang sibuk menyusun durian terkejut apabila mendengar suara manusia yang teramat dia tak suka. Dipandangnya manusia empunya suara. Minah tu lagi. Anak Mak Joyah betul. Boleh dikatakan setiap hari dia datang berkunjung ke gerai mamat durian tu. (meh kita tengok jap apa yang berlaku)

“Abang Amin!!!” seru minah joyah dengan suara dia yang sebijik macam katak.( sebenarnya lebih kepada menjerit)

Sakinah terjeluwek. Wek…cair jerawat batu kat punggung dia bila dengar suara minah joyah tu menyeru suara mamat durian gerai seberang. Dia baru je tahu nama mamat durian tu Amin empat hari yang lepas. Itupun bila adik dia, Laila, puji mamat durian tu hensem. Dia ingat lagi

pada malam Jumaat yang lepas…(imbas kembali…. awan-awan mula timbul….dan mula…)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience