BAB 11

Romance Completed 3878

Sakinah menghempas punggung di sebelah Laila yang asyik menonton cerita Barbie The Fairy Tale. Ceh Laila nih, umur dah nak masuk enam belas tahun tapi sibuk aje nak menonton cerita kartun Barbie sampai telekung pun tak ditanggal. Sempat lagi Sakinah mengutuk Laila yang sebijik macam hantu bungkus di sebelahnya.

Sakinah merenung Laila. Lama. Aik? Apa budak Laila ni tak sedar ke bila aku renung dia? Sakinah berdehem perlahan. Oppss…baru dia teringat adik dia ni ada masalah pendengaran sikit. Ehem! Kuat Sakinah berdehem. Hampir nak terkeluar bijik kerongkong dia. Tiada respons yang diterima. Apesal Laila nih? Tengok tv macam nak tembus aje skrin tv tu. Padahal watak Barbie dalam cerita tu taklah cantik mana. Takat rambut kuning, tinggi kurus macam pokok kelapa jerk. Ini mesti kes berangan sampai ke langit tujuh. Siap senyum-senyum lagi.

“Woi, Ila, apa yang kau berangankan nih? Macam nak pecah jer skrin tv tu kak long tengok,” sergah Sakinah sambil menolak bahu Laila kuat.

Gedebuk! Laila yang sememangnya berangan sampai langit ke tujuh belas (lebih pulak) terjelepok ke lantai. Laila usap dahinya yang sakit. Mahu tak sakit bila terhantuk kat kaki sofa. Wajah Sakinah yang sedang ketawa mengkekek dijeling. Gila punya kakak sulung!

Laila bangkit lalu duduk di tempatnya semula.

“Apa kak long ni? Main tolak-tolak pulak. Sakit ar,”bentak Laila geram. Telekungnya

dibukak. Fuh! Panas giler. Matanya mendongak memandang siling. Kipas dimatikan. Ceh, patutlah panas. Siapa punya keje ni? Sakinah di sebelah dipandang. Ceh, dia punya kerja. Sejuk sangat ke sampai berbaju sejuk segala? ( Dia yang sejuk orang yang kena tempias. Mahu tak mandi peluh dia dibuatnya. Terpaksa ambil wuduk semula)

Sakinah tersenyum sumbing. Pandai pun bukak telekung. Kes nak kekalkan air wuduklah tu. Nak jimat air konon. Bila mandi nanti, mahu tak se ‘kolah’ air dia tolong habiskan.

“Kak long tanya apesal kau tengok tv tu macam nak pecah skrin tv tu. Kau jangan Ila, mahal kak long beli tv tu. Terbang duit durian akak disebabkan nak beli tv LCD 42 inci tu,”

Laila menjulingkan mata ke atas. Apalah akak aku ni. Berkira betul.

“Kak long, kak long kenal Abang Amin tak?! Dia hensem tau. Lelaki pujaan Ila tu,” Laila bertanya tiba-tiba.

Terkejut Sakinah dibuatnya. Tang tiba-tiba jer budak Laila ni.

“Amin? Siapa? Tak kenal pun kak long,” selamba je Sakinah menjawab. Remote control dicapai. Ditekan satu persatu saluran Astro yang ada. Ahah, ceramah Ustaz Don. Jom tengok sekejap.

Laila mengeluh. Kenapalah kak long aku ni boleh tak kenal pulak?

“Takkan kak long tak kenal…”

“Manalah kak long kenal Ila oi. Kalau kau cakap Pak cik Amin duda anak sepuluh yang tinggal hujung kampung ni, kenallah akak. Nape? Kau suka dia ke, siap panggil ‘abang’ segala,”

Cis, kakak aku nih! Ada ke patut Pak cik Amin yang dah ditebuk tenggiling tu, dia cakapkan. Tak gorgeous langsung, getus hatinya.

“Bukanlah kak long. Ini Abang Amin yang jual durian depan gerai akak tu. Takkan kak long tak kenal?!”

Gulp! Abang Amin? Jual durian depan gerai aku?

“Jap…jap…Ila cakap pasal mamat durian tu ker?”

Laila mengerut dahi.

“Mamat durian mana nih kak?” Giliran Laila pulak tidak faham.

“Ala, lelaki muda, hensem, bergaya, yang selalu sangat pakai spec hitam bila jual durian tu…” (terpaksa puji jap. Nak bagi Laila ni faham. Susah bercakap dengan budak di bawah umur nih)

Laila tersenyum manis bila kak long puji lelaki idaman dia.

“Yelah kak. Betul tu. Memang bijak akak Ila,”

Sakinah mencebik. Baru kau tahu aku ni bijak. Selama ini taklah?

“Macam mana kau tahu nama dia? Dia mesti korek habis-habis pasal mamat durian tu.

“Oh, itu Ila tahu dari Meedah kak. Takkan kak long tak tahu kakak Meedah tu, gila benar dengan Abang Amin tu?”

“Tak, kak long tak tahu,”

“Ish, kak long ni tak best betul ar. Boring dapat kakak macam kak long ni,” rungut Laila.

Sakinah menoleh ke arah Laila. Hek eleh, Laila ni, boring dapat kakak macam aku konon. Nanti-nanti bila aku dah balik KL kau jugak, yang telefon aku tiap-tiap hari cakap rindu gilerlah.

“Tapikan kak…Meedah cakap Abang Amin tu datang dari KL. Takkan kak long tak pernah terserempak dengan dia,”

Erk…KL.(panjang lah umur KL. Bebas dari perperangan). Seminit…lima puluh sembilan saat…eh…Laila cakap mamat durian tu dari KL ke?

“Betul ke apa kau cakap ni Ila? Mamat tu dari KL?”

“Betullah. Kak long nak minta tolong boleh???”

“Apa?!” kening Sakinah terangkat sebelah.

“Kirim salam rindu dendam kat dia boleh?”

“Siapa?!”

“Abang Amin tu lah,”

“Sori, kak long tak nak tolong. Nak…kirim sendiri. Tapi kak long nak ingatkan kau, dia tu musuh terlalu ketat akak. Kau kawan dengan dia, kita bukan adik beradik lagi. Titik!” gertak Sakinah.

“Jahatlah kak long nih…!” ujar Laila geram lalu angkat punggung dari situ.

Dumm!!! Pintu bilik dihempas.

Sakinah mencebik. Marah pula. Patutnya dia yang marah bila Laila sebut pasal seteru nombor sembilan dia. Ini tak terbalik pulak. Ya Allah, Ya Rabbi, janganlah KAU buat adik kandung aku jatuh hati kat musuh aku. Aku tak sanggup jika itu terjadi…

(awan-awan mula hilang…Sakinah kembali ke alam realiti)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience