BAB 1

Romance Completed 3875

‘’Baiklah! Jangan risau! Dengan pantas, Assalammualaikum…’’ Talian telefon dimatikan. Bibirnya menguntum senyuman lebar tanda puas. Akhirnya setelah sekian lama menanti dia muncul juga.

‘’Sudah lama aku menantikan kau wahai encik hensem tapi berduri!’’ bisik hatinya. Gembiranya dia bila mak dikampung telefon cakap, ‘Saki, bila kamu nak balik hah? Durian Tok Aki kamu dah gugur nun,’. Dan dia pun jawab ‘Apa durian dah gugur? Oh, yeah hari ni juga Saki pergi balik mak!!!’. Laju sahaja kakinya di hayun ke biliknya.

Safiah yang sedang melipat baju dilintasi. Sempat lagi anak matanya menangkap dua buah bakul besar yang dipenuhi dengan pakaian yang belum dilipat. Hehehe. Aku minta maaf ye Safiah? Aku ni malas ar nak tolong kau lipat. Kau rajin kan? Ha, lipatlah sengsorang.

Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Sesaat dua saat dia berfikir. Hmm, bawa baju berapa helai eh? Sehelai, dua helai cukup ke? Erk…itu macam orang nak lari dari rumah je. Lagipun takkan dia nak pakai baju kurung kedah mak yang berlambak kat kampung nun. Tak mungkin. Langsung tak menepati cita rasa dia langsung. Ah, tak payah susah fikir. Baju Laila kan ada? Rembat aje baju budak tu. Kalau budak tu marah, sumbat aje mulut dia dengan buah durian.

Cepat aje tangan dia mencapai beg hijau pucuk pisang yang diletakkan di atas almari baju. Habuk yang melekat ditiup-tiup. Uhuk…uhuk…habuk ni buat orang batuk ar! Tak guna. Dia ni bukan apa, malas nak guna bagasi yang selalu dia gunakan balik asrama. Berat ar. Boleh timbul urat tangan bila angkat bagasi yang seberat sepuluh kilogram. Itu belum termasuk pakaian dia lagi. Lama-lama boleh jadi The Incridible Hulk yang warna hijau lumut tu. Euww…Tak menarik perhatian langsung! Pintu almari dibuka, kemudian dikeluarkan baju-baju yang disangkut dengan hanger di dalam almari. Di sumbat terus ke dalam beg. Sumbat aje. Tak payah nak lipat elok-elok. Kang dah sampai rumah terus sangkut dalam almari. Kan senang. (Langsung tak ada ciri isteri mithali)

Selesai aje zip beg ditarik. Yes, siap! Pakaian yang tersarung di tubuh ditilik sebentar. T-shirt hitam angry bird dan…kain batik! Pergh…baik dia tukar sekarang. Malulah wei, naik bas pakai t-shirt yang berkartun angry bird besar di dada. Macam budak kecik! (macam budak kecik…nak juga kau pakai ye). Diganti dengan t-shirt merah dan jeans panjang coklat. Rambut panjang lurus, disanggul satu. Sebiji macam orang baru beranak je gayanya. Okey, siap. Meh kita bertolak sekarang.

Safiah yang terperasan sesuatu mula mengangkat kepala. Membuntang biji matanya memandang ke arah Sakinah yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Mak minah merahnya baju!!! Sakinah ditiliknya dari atas hingga ke bawah. Erk…beg baju? Aik? Nak pergi mana pula mak cik ni sampai bawa beg hijau pucuk pisang era sembilan puluhan ni.

“Kau nak pergi mana ni Saki tengah-tengah malam buta cenggini? Takkan kau nak lari dari rumah kot? Kau tak sanggup nak bayar sewa rumah lagi ker? Janganlah cenggitu Saki. Kau satu-satu kawan yang aku ada. Aku janji…”belum sempat Safiah menghabiskan drama air matanya, Sakinah memintas.

“Chup-chup. Kau ni apesal ni Rubi? Buat drama pulak depan aku nih. Dah lap air mata tak berharga kau tu. Ni ha, aku nak minta tolong kau, hantarkan aku ke Pudu. Aku nak balik kampung malam ini juga,”

Sakinah berlalu ke muka pintu.

Safiah menjeling Sakinah tajam. Tak guna punya kawan. Ada ke patut dia kata air mata aku tak berharga. Jap…jap…dia nak ke Pudu? Balik kampung. Aisehman, apesal pulak? Jiran sebelah rumah sudah selamat meninggalkan dunia yang fana ini ker?

“Apesal pulak kau nak balik kampung ni?”

Sakinah hempas punggung di atas kerusi. Rak kasut di sebelah dibuka. Dikeluarkan kasut Converse. Stoking hitam yang digumpal di dalam di ambil. Dihidu. Perghh…. sebijik cam bau belacan basi je. Tapi tak apa. Pakai je. Bukannya orang cium kaki dia pun kan? Nanti, bila sampai kampung, tahulah dia nak suruh budak Laila tu cucikan. Usai, kasut dipakaikan ke kaki. Kemudian, dia berdiri tegak. Safiah di muka pintu dipandang. Banyak tanyak pulak mak cik sorang ni!

“Durian atuk aku kat kampung nun dah jatuh,”

“What?!!Durian?” separuh terkejut Safiah bertanya. Mahu tak terkejut. Sanggup Sakinah ni balik kampung malam-malam buta macam ni semata-mata kerana durian. Gila betullah dapat kawan cenggini.

Sakinah buat muka malas. Terkejut pulak.

“Yelah durian. Takkanlah rambutan pulak. Kau nak tak tolong hantarkan aku ke Pudu nih? Kang aku tertinggal bas, aku tak tegur kau sebulan. Mahu tak keluar air mata pontianak kau,”

“Tapi…kau dah berjanji nak bercuti ke UK dengan aku weh. Kalau takde siapanya nak menemani aku ? Janganlah pergi Saki weh. Mana boleh kau macam ni,” Safiah memujuk Sakinah. Adoi, kalau Saki balik kampung jugak ni, boleh hancur master plan yang sudah aku rancang selama dua bulan lamanya.

“Takde maknanya aku berjanji dengan kau. Yang aku tanam janji dengan kau tu ialah tolong cuci jamban bilik kau bukan berjanji nak pergi UK.”

Rubi ketap bibir. Alahai aku ni, kenapalah tak dengar betul-betul hari itu. Ini tak teruja aje bila dengar perkataan janji padahal tak tahu apa-apa pun.

“Kau tak sayang aku lagi ke?”

“Tak. Buat masa ini aku haruslah mementingkan kepentingan sekaligus kemahuan nafsu aku . “ Selamba Sakinah menjawab tanpa kisah riak rubi yang tercegat di depannya.

Rubi hembus nafas kuat. Inilah deritanya bila dapat kawan hatinya sebiji macam batu bata. Kaku.

“Ye…aku hantar kau mak cik. Tunggu jap, aku nak matikan suis tv.” Safiah berlalu masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia keluar semula, dengan segugus kunci di tangan. Kunci rumah, kunci kereta, kunci jamban, kunci bilik, kunci peti, kunci almari, dan segala mak kuncilah ada kat tangan dia ni. Kalau ditimbang, boleh mencecah satu kilo beratnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience