BAB 13

Romance Completed 3875

SAKINAH menyarung T-shirt hitam lengan panjang di tubuhnya. Dipadankan dengan seluar panjang hitam. Barang-barang yang diperlukan disimpan di dalam beg hitam. Jam coca cola di dinding ditatap. Pukul satu setengah pagi. Yeah! Inilah masa untuk kau bertindak Sakinah. Kau mesti lenyapkan mamat durian tu dari sana. Kalau boleh dari kampung ini terus. Taklah dia menggangu ekonomi durian kau yang semakin lingkup sejak akhir-akhir ni.

Erkkk…Pintu bilik dikuak perlahan.(Jangan bising, kang kantoi pulak) Toleh kanan. Toleh kiri. Tengok bawah. Tengok atas.(Bongok…atas pun nak tengok jugak ke). Okey. Set. Line clear habis. Terkedek-kedek Sakinah berjalan ke muka pintu rumah. Dibuka pintu rumah. Keluar cepat-cepat. Tutup balik. Sakinah menarik nafas lega. Fuh, nasib baik mak dan Laila tidur mati. Kalau tak, mahu payah jawab soalan kari berapi dari mak.

Beca Tok Aki yang tersadai di tepi tangga ditarik slow-slow. Fuh, merahnya beca. Silau bila tengok dari jauh. Sakinah naik atas beca dan…mulalah berkayuh. Motor ada, tapi dah rosak. Hahaha. Ini beca, petang semalam dia pinjam dari Tok Aki. Tok Aki tanya, ‘buat apa kamu dengan beca Ahmad Albab aku ni hah?’ dan dia jawab’ buat eksprimen atuk’. Pergh, jawapan tak masuk akal langsung. Nasib baik atuk kasi pinjam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience