BAB 25

Romance Completed 3875

SAKINAH memberhentikan keretanya di hadapan rumah Amoi Jual Daging. Jiran sebelah rumah dia. Cermin kereta diturunkan. Kepalanya dijenguk keluar. Keningnya dikerut-kerut. Aik? Siapa punya kereta BMW putih nih? Siap ada depan rumah aku jer. Takkan Safiah pulak. Safiah punya kereta tak sebijik cenggitu. Dan Safiah sedang berada di Sarawak. Nak jumpa kaum kerabat dia sambil-sambil nak ziarah kenduri kahwin kakak angkat dia.

Jangan-jangan….pencuri tak? Mak aih, siapa pula yang mencuri guna kereta mewah cenggitu. Orang kaya tu. Enam puluh saat tepat berfikir…Sakinah mengambil keputusan untuk menghedap. Sakit perut yang dirasa dilupa seketika. Kayu golf kepunyaan tunang Safiah diambil dari tempat penumpang. Heheheh. Lupa nak kasi balik.

Sakinah keluar dari kereta. Kakinya ditapak perlahan-lahan menuju ke halaman rumahnya. Ish, lamanya tak sampai-sampai ni. Dua minit berjalan Sakinah toleh ke belakang. Cek kereta dulu. Manalah tahu kereta dia tu kena rompak orang pula. Rugi nanti. Kereta baru tu. Mak joyah, jauhnya kau parking kereta Sakinah. Depan rumah siapa pulak yang kau tumpang parking ni? Bukan Amoi Jual Daging punya rumah sebelah rumah kau jer ke? Ini tidak lima selang dari rumah kau. Hohohoh. Ini mesti kes rabun malam. Itu pasal kau tak nampak. Rumah sama je. Warna rumah semua pink. (Dah kawasan perumahan. Ngok ngek) Dah! Tak payah pedulikan. Kau mesti bertindak sekarang. Kalau tidak, habis durian enam puluh biji kat rumah kau dia rembat. Itu secret admire yang kasi tu. (Di dalam hati sudah terfikir mungkin abang bangla yang simpan perasaan rindu dendam kat dia yang kasi)

Sakinah bercekak pinggang. Dia berdiri tegak bila dah sampai depan rumah. Oh, ini rupa gerangan manusia yang baik sesangat hati dia kasi durian kat aku. Tapi tak nampak macam abang bangla jer. Abang bangla kulit dia hitam karat-karat. Tapi yang ini putih seperti baju baru dibeli. ( Tiru iklan Daia jap). Segak pula. Pakai kemeja biru muda.

“Hoi!!! Apa kau buat tu hah?!” sergah Sakinah walau dia dah tahu apa yang secret admire tu buat.

Secret admire menoleh dan…Amin!!!

Sakinah membulatkan mata yang sepet.

Amin tersentak. Tergamam. Terkejut. Mak cik…kantoilah pulak!

“Er…er….Sakinah….awa…awak…bu…buat…aa…a…apa kat…si…ni?” Aisehman

gagap pulak.

Sakinah bulatkan lagi matanya ke tahap yang paling bulat. Dia tanya apa aku

buat kat sini?

“Awak tanya saya buat apa? Ini rumah saya dan saya nak balik rumah. Saya

yang sepatutnya tanya awak…awak buat apa?”

Amin garu kepala. Mak cik, soalan apa yang aku tanya dia tadi. Soalan memalukan aku betul.

“Saya…saya nak kasi duri…durian…” Amin menunjuk ke arah durian-duriannya.

Sakinah ikut pandang.

“Oh, jadi selama ini awak yang kasi durian kat saya? ”

Erk…

“Ye…sayalah tu.”

“Helo minachi…apa pasal bising-bising ni? Orang mahu tengok bola! Boleh kasi zip sikit mulut itu ka?” suara encik india di sebelah rumah mencelah.

Sakinah menoleh. Hehehe.

“Sori mianei. Saya saja nak test-test suara jer. Saya janji saya akan pergi

tempat lain,” Sakinah mengangkat tangan. Encik india masuk rumah semula.

Sakinah pandang Amin.

“Jom ikut saya,”

“Mana pulak?”tanya Sakinah pelik.

“Ikut jelah,” Amin jawab sambil tarik hujung lengan baju Sakinah. Sakinah ikut jer bagai biawak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience