“Saya minta maaf, Syakir! Saya harap awak faham, bukan maksud saya nak kecewakan awak tapi memang saya tak boleh la. Herm… macam ni, saya rasa kita tak sesuai la.. ya la, saya ni…
“Maksud awak, saya tak layak untuk awak?”
“Bukan. Bukan macam tu! Saya…. Syakir, saya rasa awak terlalu sempurna untuk perempuan macam saya!”
“Sempurna? Maksud awak?”
“Awak terlalu sempurna bagi perempuan yang tidak mempercayai cinta seperti saya!”
“Jadi, awak rasa awak kena cari lelaki yang tak mempercayai cinta macam awak juga, baru awak boleh kata yang awak dan dia sepadan?”
“Mungkin!”
“Baiklah, saya tak ada hak nak paksa awak! Tapi, saya Cuma nak awak tahu, setiap manusia dilahirkan dengan perasaan cinta dalam dirinya dan please, jangan sesekali kata yang awak tak pernah mempercayai cinta cause ia hanya menunjukkan awak sedang menafikan kewujudan diri awak sendiri di muka bumi ini. Assalamualaikum!”
“Waalaikummusalam!”
Semenjak dari saat itu, aku mula rasa seperti Syakir cuba seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari aku. Herm..bagus la macam tu kerana sekurang-kurangnya dia ni jenis yang faham bahasa, tak macam lelaki-lelaki lain yang telah banyak kali ku tolak perlawaan mereka untuk bercinta.
Tapi, kenapa hati aku rasa macam something erk?? Rasa macam kehilangan la…. ish!! Aku menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali. Apasal plak aku kehilangan dia kalau aku tak pernah pun memiliki dia. Patutnya dia yang rasa kehilangan sebab aku tolak dia dulu kan?? Hehe… ayat nak sedapkan hati… huhu…
Share this novel