BAB 10

Romance Completed 7287

“Sampai hati you buat i macam ni? You ingat i ni apa? Tunggul?”

Suara manja itu merentap perasaanku. Amboi, cik kak… nak manja-manja pulak? Client apa macam ni. Hati aku terasa macam mengeleggak jer time tu… takpe-takpe, sabar Deera… dengar dulu.

“Buat apa pulak ni sayang?”

Sayang? Is that Syakir yang sebut sayang tu? How dare you, Syakir!!

“You kata nak kahwin dengan i, tapi last-last i dapat tahu you nak kahwin dengan perempuan tu pulak. Sampai hati you, tau!”

“Come on, sayang! I memang nak kahwin dengan dia, tapi i tak cakap tak nak kahwin dengan you kan?

“Meaning that, you want me to be your second wife?”

Mendengar kata-kata itu, aku terus merempuh pintu biliknya. Kedua-duanya terkejut. Aku sendiri pun terkejut dengan tindakan aku tu. Pandai kau ya, Syakir. Nampak alim kat luar, tapi kaki perempuan rupanya.

“Deera..”

“Just forget it.. i’ll make sure you never will be his second wife?”

“What?”

“Yeah, because i don’t want to be a wife for this person. You can have him without sharing it with me.”

“Deera…”

“What? I tak sangka langsung kan you ni kaki perempuan rupanya. But, it’s okay. I’m okay with that. I’m so glad not to be your wife yet.”

“Awak tak marah?”

“No, saya tak marah. Malah, saya sangat bersyukur kerana tindakan yang saya ambil selama ni tak sia-sia langsung.”

“Tindakan? Tindakan apa?”

“Tindakan dengan tidak mempercayai dan menyayagi awak sepenuh hati. Sejak dari awal hubungan kita lagi saya sentiasa berjaga-jaga sebab saya dapat rasakan hal macam ni akan berlaku. Dan sekarang it’s really happened. You betray me, Syakir. How could you?”

“So, selama ni awak memang tak pernah cintakan saya? Awak sentiasa ragu-ragu dengan saya? Awak memamng sentiasa bersedia bahawa saya akan khianati awak dan awak langsung tak sedih dengan apa yang apa yang awak lihat sekarang?

“Untuk kesemua soalan awak tu jawapannya sama, yes!”

“See, i told you. She never love me. Sekarang dah terbukti, saya memang langsung tak ada tempat dalam hatinya Erin… malah, dia sentiasa mencurigai kejujuran dan kesetiaan saya selama ni. She’s….”

“Syakir…”

Erin bersuara perlahan.

“Apa semua ni? Apa maksud awak?”

“He’s only want to know your feelling towards him, and now he got the answer.”

Erin menjawab bagi pihak Syakir yang kelihatan seperti dilanda kekecewaan yang amat berat.

“Apa awak cakap ni?”

“Deera, i’m sorry…. actually ni semua rancangan Syakir.”

“Rancangan? Rancangan apa?”

“Saya nak buktikan apa yang saya sangkakan selama ni betul atau tidak, dan kenyataannya ia adalah betul. Awak tak pernah cintakan saya selama ni kan? Kalau saya tak berpakat dengan Erin dan berlakon bermain kayu tiga dengan awak, mungkin sampai bila-bila saya tertipu dengan awak.”

Akhirnya suara lelaki yang bergelar tunanganku itu kedengaran jua.

“Saya tak pernah tipu awak. Awak yang sedang tipu saya sekarang, Syakir…”

Entah kenapa, terdapat sedikit getaran pada suaraku ketika ini.

“Tapi awak langsung tak sedih dengan apa yang berlaku ni kan?”

“Apa maksud awak?”

Aku buntu. Teka teki apa yang sedang cuba Syakir mainkan ini?

“Awak marah kerana rasa tertipu, tapi awak langsung tak rasa sedih bila tahu saya curang dengan awak kan dan biar saya beritahu awak sebabnya. Sebabnya dalam hati awak hanya ada perasaan was-was dan terlalu berjaga-jaga sehingga awak tutup pintu hati awak untuk berikan cinta dan kepercayaan kepada saya kan? Awak dah bersedia dengan situasi begini bakal berlaku dalam hidup awak. Awak lenyapkan segala kasih dan cinta awak terhadap saya dengan sebuah kecurigaan. Tahniah, Deera. Awak berjaya buat saya buta dengan cinta awak selama ni. Mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Maaf andai kehadiran saya hanya menyusahkan hidup awak.”

Aku terkesima. Tanpa sedar aku terjelapok di situ. Kupandang wajah suram Syakir sedalamnya. Sampai hati kau buat aku macam ni Syakir. Salah ke aku kerana bertindak begini? Adakah segala-galanya adalah merupakan kesalahanku? Salahkan aku menaruh syak wasangka kepadanya demi untuk memastikan hati aku tidak terlalu terluka andai benar-benar kau melukai aku suatu hari nanti? Salah kah aku? Kenapa? Kenapa mesti aku yang dipersalahkan? Adilkah kau buat aku macam ni, Syakir?

“Saya minta maaf. Mungkin sampai sini saja hubungan kita. Saya tak nak awak rasa terpaksa kerana mencintai saya. Saya sayangkan awak, saya dah cuba Nadeera sedaya upaya saya untuk buat awak rasa bahagia dengan saya, tapi andainya masih ada perasaan kecurigaan itu lagi dalam hati awak, nampaknya usaha saya hanya sia-sia dan langsung tidak bermakna. Maaf, andai kehadiran saya hanya membuatkan awak rasa terbeban.”

Sebaik habis berkata-kata Syakir melangkah perlahan keluar dari pejabanya itu meninggalkan aku dan Erin yang masih lagi termangu di situ. Benarkah ini pengakhiran kisah kita?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience