Seperti hari yang telah dimaklumkan oleh Erin, Syakir akan pulang ke malaysia pada hari ini. Aku sememangnya tidak sabar menantikan saat ini., akhirnya saat ini tiba jua. Aku akan buktikan kali ni, aku benar-benar cintakan kau Syakir. Only you, no one else can replace your placa in my heart. Aku yakin dengan perasaan aku kini, lelaki yang aku inginkan dan harapkan untuk bimbing aku ke jalan yang baik adalah kau Syakir, tunggu aku, sayang. Aku datang kepadamu.
Aku tidak berani untuk melangkah masuk ke lapangan terbang. Fikiranku berkecamuk, gentar dan takut untuk membayangkan reksi Syakir saat melihatku yang menjemputnya di lapangan terbang itu, bukan Erin.
Aku masih berkira-kira untuk melangkah saat aku lihat kelibatmu sudahpun keluar dari balai berlepas dan sedang memanggil teksi. Adakah kau tahu akan kedatanganku dan ingin cepat-cepat beredar dari situ? Aku melihatmu telah mendapat sebuah teksi dan tanpa disangka-sangka aku menjerit namamu sekuat mungkin hingga bukan sahaja menarik perhatianmu tetapi semua orang di sekeliling kita. TEringat semasa di universiti dulu betapa kau tidak menyenangi perlakuanku ini.
“Syakir!”
Ku laungkan namamu sekuat yang mungkin. Aku lihat kau terkejut dan sedikit kaget. Tanpa berlengah aku terus melangkah menghampirimu. Aku melangkah tanpa melihat ke kiri dan kananku dan aku merasakan segala-galanya seolah-olah berlaku begitu pantas.
Sebuah kereta hampir melanggarku dan dengan sepantas kilat kau menerpa ke arahku, menolakku ke tepi dan apa yang aku lihat sekarang kau telah terjelapok dilanggar kereta itu. Darah mengalir dari kepalamu tanpa henti. Semua sudah mengerumuni dirimu, hanya aku yang masih terketar-ketar di tepi melihat keadaan dirimu yang hanya berlaku sekelip mata sahaja.
Ku gagahi diriku untuk melangkah menghampirimu, cuba membangunkan kau. Tapi kata mereka, kau dah tak ada. Tak mungkin. Semua ini tipu. Tak mungkin kau akan tinggalkan aku lagi. Belum ku khabarkan lagi padamu perkataan yang ingin kau dengar selama ini dariku…
“Syakir, saya cintakan awak, bangunlah, saya tak mahu sendiri. Jangan tinggalkan saya!’’
Share this novel