“Deera?? Deera, are you okay?”
Pertanyaan Syakir itu membuatkannya sedikit tersentak.
“Yeah, i’m fine”
“So, do you love me?”
“Yeah..”
“Tapi, saya tak pernah pun dengar yang awak cintakan saya.. why not, awak ungkapkannya sekarang?”
“What? Come on, Syakir… cukuplah kita sama-sama tahu yang kita saling mencintai… “
“Kenapa? Awak tak sudi nak ungkapakan cinta buat saya?”
“Syakir….”
“Fine.. sorry, kalau awak rasa saya memaksa.”
“Syakir, sebenarnya saya….”
“It’s okay, actually… as long as you admit me as someone that you love, saya dah cukup berpuas hati… herm…. dah lewat ni.. jom kita balik..”
Terasa hatikah dia dengan sikapku itu? Ya Allah, kenapa begitu sukar sekali mengungkapkan kata-kata itu sedangkan dia adalah tunangku dan bakal menjadi teman hidupku. Kenapa mesti aku menyulitkan lagi keadaan antara kami. Aku akui, aku sayangkan dia, tapi bila bercakap soal cinta, entahlah aku sendiri kurang pasti. Cintakah aku padanya? Perasaanku berkecamuk. Adakah tindakanku ini betul?
Selama menjalinkan hubungan dengan Syakir, aku sentiasa berjaga-jaga. Berjaga-jaga akan kemungkinan aku akan disakiti. Aku cuba untuk tidak terlalu mempercayai dan menyayanginya kerana aku khuatiri akan kesetiaanya kepadaku yang mungkin akan berubah dengan tiba-tiba. Aku mahu benar-benar bersedia menghadapi kemungkinan yang berlaku suatu hari nanti antara kami berdua. Kejamkah aku dengan tindakanku ini?
Share this novel