Perbualan dengan Katrina itu sebenarnya sedikit sebanyak mengundang perasaan gundah dalam jiwaku. Yalah, aku sendiri pun kurang mengerti dengan diri aku ni. Kenapa sampai ke saat ni aku tak ada teman lelaki pun padahal bukannya tak ada lelaki yang cuba mendekati aku. Tapi, entahlah…. Susah nak ungkapkan dengan kata-kata.
Bukannya aku tak pernah minat kat mana-mana lelaki, tapi minat tu selalunya hanya bersifat sementara dan tidak kekal lama. Pernah aku meminati seorang lelaki masa aku sekolah dahulu, tapi bila lelaki tu dah makin dekat dengan aku, tiba-tiba aku rasa tawar hati pulak nak teruskan hubungan dengan dia. Aduh! Apa saja la masalah kau ni, Nadeera??? Kenapa la susah sangat nak cari lelaki yang dapat buat aku betul-betul saying kat dia, atau dengan lebih tepat lagi lelaki yang dapat membuka pintu hati aku ni. Adakah lelaki itu wujud? Dan di manakah dia???
Ni yang buat aku nak nyanyi ni…. Di mana dia, cik abang sayang??? Cik abang sayang ada dekat mana?? Di mana dia buah hati saya, buah hati saya yang tak tahu kat mana! Hahaha… merosakkan lagu betul la aku ni… hehe
“Assalamualaikum!”
“Waalaikummusalam!”
“Nadeera, boleh awak tolong saya tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong bagi ni kat Katrina boleh?”
“Owh, boleh jer!”
“Thanks a lot. Saya pergi dulu. Assalamualaikum!”
“Sama-sama. Waalaikummusaalam!”
Sampai di rumah sewa….
“Deera, Syakir ada bagi something tak kat kau suruh bagi kat aku?”
“Ada, ni ha! Wah, sejak bila kau ada skandal dengan si Syakir ni? Si Amir tu nak campak mana?”
“Ish, kau ni! Mana ada skandal apa-apa. Si Syakir tu mintak aku tolong dia buat something. So, sebagai kawan, aku tolong la.”
“Buat something? Buat apa wei? Dia mintak kau carikan dia awek ker? Hehe… kalau camtu, tak payah cari jauh-jauh. Aku kan ada? Haha!”
“Betul ke kau nak kat si Syakir tu? Kalau macam tu, senang la kerja aku!”
“Kau ni hilang ingatan ke? Aku main-main la. Kau ingat aku ni jenis yang pakai tangkap muat je ke?? Mentang-mentanglah aku tak ada steady boyfriend, tapi tak semestinya aku ni desperate sangat nak cari boyfriend tau!”
“Herm… ya sangat la tu. Ingat aku tak tahu yang kau tu sebenarnya ada hati gak kat si Syakir tu tapi saja jer nak sorok perasaan tu kan?”
“Iah, pandai-pandai jer kau ni! Mana ada!”
“Well, mungkin kau sendiri tak perasan yang kau sebenarnya jatuh hati kat dia. Aku boleh Nampak la Deera. Bila si Syakir tu bercakap mesti kau diam and khusyuk je dengar dia bercakap. Lagi satu, kalau kat bercakap dengan dia, bukan main lagi lemah lembut, tapi dengan budak lelaki yang lain kau cakap main redah jer, mana nak reti susun-susun ayat ni!”
“Wei, mangkuk! Kau ni pun satu hal, takkan tak kenal lagi mamat tu macam mana. Nak dengar suara dia punya la susah, macam ada emas dalam mulut, so bila dia bercakap aku amik perhatian la sebab bukan senang tau nak dengar suara dia dan lagi satu, kau bukan tak tahu perangai dia yang jenis alim tu takkan aku nak cakap macam samseng jalan raya pulak dengan dia!”
“Ya ker? Adakah anda pasti dengan jawapan anda sebentar tadi? Betul kau tak ada hati dengan si Syakir tu?”
“Betul! Aku yakin 100%!”
“Herm… ok! Hai, Syakir! Melepas la kau kali ni!”
“Kenapa kau cakap macam tu? Apa rahsia kau dengan mamat tu sebenarnya ha?”
“Kau nak tahu?”
“Ya la, aku pun pelik gak tengok kau beria-ria nak tolong dia buat apa tak tahu la! And satu lagi, bukanlah aku nak perasan kan, tapi kenapa aku rasa macam ada kaitan dengan aku je pertolongan yang kau cuba nak bagi kat si Syakir tu!”
“Ni! Kau baca la sendiri surat ni! Aku nak mandi! Lepas baca, sila la bagi komen dan kritikan yang sebagainya ya?”
Share this novel