“Dia ada hubungi i dan kata akan balik ke malaysia minggu depan.”
Panggilan dari Erin pada suatu petang untuk berjumpa denganku agak memeranjatkanku apatah lagi perjumpaan ini adalah semata-mata bagi mengkhabarkan perkara ini kepadaku.
“Betul ke? Awak tak tipu saya kan?”
“Kenapa i mesti nak tipu you. Actually, i’m still felt guilty with what happen between us 2 years ago. If i know, it will be like this, i will not accept that silly plan. I’m so sorry.”
Erin berkata sambil memandangku sayu.
“Tapi, kenapa dia hubungi awak? Maksud saya, kenapa dia mesti hubungi awak, sedangkan keluarga dia pun dia langsung putus hubungan.”
Pelik. Kenapa mesti dia yang Syakir hubungi? Sedikit sebanyak cemburu mula menular dalam diriku tika itu.
“Kami rakan baik dari kecil lagi dan i dah anggap dia macam abang i. He trust me, that’s why he told me about this.”
Jawab Erin.
“Jadi, dia tak percayakan keluarga dia sendiri?”
Soalku kembali, bertambah hairan dengan jawapannya itu.
“Bukan tak percaya, tapi dia takut keluarga dia akan inform you. Dia tak mahu you tahu pasal hal ni.”
Aku tersentak dengan jawapan itu. Kenapa? Kenapa mesti begini?
“Kenapa? Dia benci dengan saya ke sampai macam tu sekali dia sanggup buat pada saya. Saya tahu saya salah, tapi susah ke dia nak maafkan saya?”
Aku menjawab perlahan sambil cuba menahan sebak di dada. Terkilan dengan alasan tersebut.
“He’s never blaming you.”
“So, why? Or he has found another woman?”
Tiba-tiba muncul persoalsn itu di benakku.
“Of course not. Dalam hati dia cuma ada you, how come he do that. Dia takut you rasa terbeban. Dia tak nak you rasa bersalah dan kerana perasaan bersalah itu you nak terima dia balik.”
Aku tersentap. Tidak menyangka Syakir boleh berfikir sejauh itu. Tolonglah Syakir. Aku benar-benar cinta kau!
“Saya cintakan dia, Erin. Saya tahu saya buta selama ni. Tapi, apa yang saya boleh katakan sekarang saya benar-benar cintakan dia. Saya sangat-sangat cintakan dia.”
Aku menjawab pantas.
“I tahu, sebab tu i inform hal ni kat you. Maybe you can take this opportunity to tell him about your true feelling towards him.”
“Thanks, Erin. Thanks a lot.”
Share this novel