Cinta. Apa itu cinta? Mengapa begitu ramai sekali orang di sekelilingku membicarakan soal cinta pada setiap masa dan ketika. Apakah kehebatan yang ada pada cinta sehingga bisa membuatkan ramai insan begitu mendambakannya. Aku sendiri kurang mengerti, apakah sebenarnya itu cinta. Herm… mungkin bagi setiap orang, ia adalah berbeza mengikut pendapat masing-masing. Tapi, bagi aku, aku sendiri tidak pernah mengetahui atau cuba mencari apakah makna cinta bagi diriku.
Pelikkah aku bila aku utarakan persoalan sebegini? Ada yang kata, cinta itu buta. Ada juga kata cinta itu indah dan ada juga yang kata cinta hanyalah sekadar sandiwara semata-mata. Lalu, bagaimanakah aku bisa mentafsirkan maksud cinta itu yang sebenarnya. Adakah aku seorang insan yang bodoh kerana tidak tahu apa itu cinta, apatah lagi untuk mempercayainya. Pernah seorang rakanku berkata, jangan kita mencari cinta tetapi biarlah cinta itu dating sendiri.
Namun, persoalanku saat kata-kata itu keluar dari bibirnya ialah, bilakah dan bagaimanakah aku tahu bahawasanya cinta itu telah datang kepadaku. Apakah petanda yang menunjukkan bahawa cinta itu telah hadir di dalam hatiku…. Entahlah, persoalan cinta memang sukar untuk diselidiki kesahihannya. Namun, benarkah cinta itu ada? Dan bilakah ia mungkin akan bertandang dalam hidupku, atau sebenarnya cinta itu telah ada di dalam kehidupanku pada ketika ini, tetapi aku telah gagal untuk mengenalpastinya?? Oh, cinta… di manakah kau sebenarnya???????
Share this novel