Sudah hampir setahun aku dan Syakir bertunang. Alhamdulillah, keluargaku dan keluarganya langsung tidak membantah dengan keputusan kami untuk bertunang. Sekarang ni, kedua-dua belah pihak sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan kami yang akan dilangsungkan dalam tiga bulan lagi.
Ala, awal lagi la, kenapa la ibu mesti nak kecoh-kecoh sangat ni. Herm… biasa la, orang tua, mesati nk semuanya berjalan dengan lancar. Tak gitu? aku dan Syakir pun sama-sama sedang membina kerjaya sendiri. Syakir sedang menguruskan perniagaan keluarganya dan aku pula dah diterima bekerja di sebuah bank. Nampak macam perfect je hidup kami sekarang kan? Tapi, kisah di sebaliknya tak siapa yang tahu.
Aku akui Syakir memang seorang lelaki yang bertanggungjawab dan prihatin. Dia tak pernah mengongkong aku dan sedia menerima segala pendapatku termasuk dalam hal pemilihan tarikh perkahwinan. Kalau ikutkan, keluarganya mahukan kami disatukan lebih awal, tapi aku meminta untuk menangguhkannya dulu dengan alasan ingin mengukuhkan kerjayaku terlebih dahulu.
“Awak tak marah kan?”
“Awak ni, dari zaman belajar hingga sekarang asyik-asyik mesti tanya soalan yang sama. Awak tak marah kan?”
“Ish!!! Kita serius, dia main-main pulak!”
“Okey, okey. Alahai, nak gurau sikit pun tak boleh. Tak. Saya tak marah. Saya hormati keputusan awak.”
“Kenapa awak suka mengalah dengan saya?”
“Sebab saya tak nak awak rasa terkongkong bersama dengan saya.”
“Herm… kalau tiba-tiba saya kata saya nak putuskan pertunangan ni macam mana?”
“Kalau dah itu keputusan awak, saya redha dan hormati keputusan awak.”
“Betul ni?”
“Betul. Pernah ke saya main-main dengan kata-kata saya.”
“Senangnya awak ya. Awak ni sayangkan saya ke tak ni? Mudahnya awak lepaskan saya ya? Ke awak dah ada berkenan kat orang lain?”
“Saya tak pandai nak bermadah, tapi setakat ni apa yang saya tahu hanya awak perempuan yang saya sayang dan cintai. Kerana cinta dan sayanglah, saya rela lepaskan awak demi kebahagiaan awak. Kalau dengan cara ni awak akan lebih bahagia, saya tak kisah. Saya redha dengan ketentuan illahi.”
Aku tergamam seketika mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya saat itu. Kelu lidahku untuk berkata-kata. Benarkah, cinta itu wujud antara kami? Kenapa aku masih belum merasakan kehadirannya di antara kami?
Share this novel