“Saya minta maaf banyak-banyak, kak. Saya pun terkejut dengan keputusan yang dia buat ni. Tahu-tahu dia dah pergi ke luar negara tanpa beritahu apa-apa selain tinggalkan sekeping surat minta kami putuskan pertunangan ni dan batalkan perkahwinan. Saya minta maaf kak. Saya pun dah tak tahu nak letak kat mana dah muka saya ni. Semuanya dah siap, tup-tup dia boleh pergi macam tu jer.”
Aku hanya mampu mendengar perbualan ibuku dengan ibu Syakir di sebalik dinding yang memisahkan antara dapur dan ruang tamu. Ternyata Syakir tidak main-main dengan kata-katanya. Dia betul-betul pergi dan kotakan apa yang dikatakannya itu. Tanpa sedar, air mataku mengalir tanpa dipinta. Tidak, mak cik. Syakir tak salah, Deera yang salah. Deera yang buatkan Syakir jadi begitu. Semua salah Deera…
Kau membuat ku berantakan,
Kau membuat ku tak keruan,
Kau membuat ku tak terdaya,
Kau menolakku, acuhkan diriku,
Bagaimana caranya untuk meruntuhkan kerasnya hatimu,
Ku sedari ku tak sempurna,
Ku tak seperti yang kau inginkan,
Kau hancurkan aku dengan sikapmu,
Kau sedarkah kau telah menyakitiku,
Lelah hati ini meyakinkanmu,
Cinta ini membunuhku.
Bait-bait lagu itu mengingatkanku kepada Syakir. TEringat suatu ketika dulu dia pernah menyanyikan lagu ini semasa menjemputku dari tempat kerja. Namun, tidak pernah pula aku mengambil pusing kerana aku fikirkan mungkin itu lagu kegemarannya. Tapi, siapa sangka lagu itu ditujukan buatku, walaupun tidak dinyatakn secara terang-terangan namun akhirnya aku faham lagu itu menggambarkan apa yang cuba diluahkannya kepadaku selama ini, kenapa tidak pernah terlintas di fikiranku sebelum ini?
Kenapa sekarang baru aku menyedari? Saat aku sudah benar-benar kehilangannya. Dulu aku ketawakan Katrina bila dia cakap kita hanya akan mengingati seseorang itu bila kita telah kehilangannya. Kenyataan itu benar, Katrina. Aku terperangkap dengan tawaku sendiri. Aku benar-benar kehilangannya dan aku merasakan ianya merupakan satu kehilangan yang begitu menyakitkan.
Fikiranku hanya ada Syakir. Setiap detik aku pasti memikirkannya dan gambar pertunangan kami menjadi peneman tidurku kala ini. Adakah ini cinta? Ya Allah, kau berikan lah petunjuk kepada hambamu ini.. berikanlah aku kekuatan dalam mengahadapi semua ini. Aku perlukan Syakir. Aku sayangkan dia. Aku tak boleh kehilangan dia. Syakir, adakah cinta ini benar-benar sedang membunuhku?
Share this novel