BAB 6

Romance Completed 7287

“Hai, Syakir! Tengah buat apa tu? Busy ke?”

“Assalamualaikum!”

“Hehe… opss!!! Sorry, lupa. Waalaikummussalam…”

“Herm… tak ada buat apa. Tengah tunggu Faris ni. Dia pergi toilet jap!”

“Owh!”

“Okey la nadira. Tu faris dah keluar pun. Saya mintak diri dulu ya? Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam..”

“Syakir!”

Jeritanku itu bukan sahaja menyebabkan Syakir yang menoleh, malah semua yang ada di sekeliling mereka ketika itu memandangku dengan perasaan yang kurang senang. Kuat sangatkah jeritanku?

“Awak ni, tak elok menjerit kuat macam tu. Kita ni kat public, lagipun saya bukannya jauh lagi dari awak pun. Herm… ada apa?”

“Boleh saya nak bercakap dengan awak sekejap?”

Pandanganku mula beralih ke arah Faris.

“Syakir, aku tunggu kau kat luar la ya? Korang discuss la.. hehe.. bye, Deera!!”

“Bye!!”

“Apa yang awak nak bincangkan sangat tu? Nampak macam penting je.”

“Awak marahkan saya ke?”

“Tak ada la, kenapa pulak saya nak marahkan awak? Awak ada buat salah dengan saya ke?”

“Bukan macam tu, tapi… entah la… saya rasa macam awak cuba jauhkan diri dari saya lepas hari tu.”

“Lepas hari tu? Maksudnya?”

“Maksud saya, lepas saya tolak awak hari tu. Saya… saya…”

“Nadira, saya nak awak tahu, saya tak pernah marahkan awak dan pasal menjauhkan diri tu, saya minta maaf banyak-banyak kalau awak rasa saya buat awak macam tu. Saya tak ada niat nak jauhkan diri pun dari awak. Mungkin saya lakukannya tanpa sedar sebab saya banyak kerja sikit sekarang ni.”

“Tapi…”

“Deera, saya ikhlas nak kawan dengan awak. Saya tahu kisah hidup awak dan saya harap sayalah lelaki yang dapat ubah pendirian awak tentang cinta, tapi mungkin saya bukan ditakdirkan untuk jadi lelaki bertuah tu.”

“Kenapa awak yakin awak boleh ubah pendirian saya?”

“Saya tak cakap saya yakin, tapi kalau diberi peluang saya akan cuba. Saya janji, saya akan…”

“Jangan berjanji, Syakir! Setiap orang boleh berjanji, tapi tak semua orang boleh tunaikan janji mereka. Dulu pun ayah saya….”

“Kalau awak boleh kata tak semua orang boleh tunaikan janji mereka, maksudnya masih ada lagi yang boleh lakukannya, nadira. Saya juga nak awak tahu, tak semua orang lelaki adalah seperti ayah awak. Kenapa awak tak boleh cuba nak lupakan perkara lalu?”

“Dia khianati ibu saya, Syakir. Dia khianati cinta dan kesetiaan ibu saya. Saya tak boleh terima dan saya takut. Saya terlalu takut untuk dikecewakan. Saya tak nak rasa kekecewaan tu. Cukuplah saya dapat lihat penderitaan ibu saya, tapi saya tak mahu dan tak sanggup menanggung perasaan kecewa yang sama.”

“Jadi awak bencikan ayah awak?”

“Tak. Saya tak pernah bencikan dia. Saya Cuma kesal dengan sikapnya terhadap ibu saya.”

“Awak tak bencikan ayah awak, maknanya hati awak masih ada ruang untuk menerima cinta. Tapi awak sengaja cuba sorokkan ruang tu supaya saya dan mana-mana lelaki pun tak dapat melihatnya. Bukalah pintu hati awak untuk menerima kehadiran cinta, nadira. Saya percaya, awak sebenarnya mengharapkan kasih sayang, tapi awak sengaja biarkan perasaan takut awak tu menguasai hati awak.”

“Baiklah, saya cuba.”

“Maksud awak?”

“Saya terima. Tapi, saya nakkan hubungan kita ada ikatan. Kalau awak benar-benar ikhlas, saya nak awak pinang saya. Boleh?”

“Baik. Saya setuju.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience