BAB 7 (Dilema)

Romance Series 2807

Telah hampir dua minggu Maya pulang ke Lipis dan tinggal di rumah Aida. Dia masih tidak mempunyai kekuatan untuk pulang ke rumahnya. Tambahan pula, Pak Samad tidak pernah bertanya khabar mengenainya sepanjang dia berada di hospital. Sedih? Dia sudah biasa.
“Wehhh, kau dah fikirkan ke belum pasal lamaran tu?” Tanya Aida seraya menghulurkan secawan coklat panas kepada Maya. Sahabatnya itu masih dalam proses pemulihan.
“entah. Aku tak tahu.” Keluh Maya. Dia teringat akan Inspektor Haris yang memberitahu kepada ibunya mengenai perkara tersebut. Dia sendiri bingung dengan lelaki itu. Tiba-tiba ajaknya kahwin. Dia merasakan tidak layak kerana dia perempuan kotor. Ya, kenyataan itu harus ditelan walaupun pahit! Walaupun Dr Amelia mengatakan bahawa dia masih suci. Namun, entah lah!
“Kau dah buat istikharah? Okey, listen! I know it’s sound ridiculous and cliché like drama melayu pukul 7 tapi aku rasa dia ikhlas.”
“Macam mana kau tahu dia ikhlas? Entah-entah dia just simpati dengan aku. Ikhlas tu barat semut hitam yang kecil, yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang gelap. Susah nak tahu dia ikhlas ke tak”
“Ha, then?? Dah kalau macam tu kau pun tak boleh mempertikaikan keikhlasan seseorang.” Bangkang Aida.
Perbualan mereka terhenti apabila Mak Ani mengetuk pintu bilik dan mengatakan Haris ada di bawah. Maya terkejut manakala Aida hanya tersenyum sumbing sambil mengangkat jari tanda ‘peace’ apabila Aida memandangnya tajam.
“Pergi lah turun. Even kau dah rampas crush aku, tapiii takpe aku tetap ship kau dengan dia” Usik Aida.
Maya dan Aida menuruni tangga dengan perlahan. Shawlnya dirapikan sebelum dia berdehem. Haris memandangnya.
“Errr, Assalamualaikum. Maya sihat?” Tanya Haris memulakan perbualan manakala Syafiq dan Aida hanya menjadi pemerhati.
“Waalaikumsalam, errr sihat. Alhamdulillah.”
“Errr, saya tak boleh lama sebab saya ada kursus tiga hari. Emm if Maya don’t mind can we talk outside? Only two of us?” Tanya Haris sambil mengerling ke arah Maya yang hanya menundukkan wajah. Syafiq dan Aida hanya mengangguk.
“Wehh, pergi lah. Kejap je tu. Aku akan tengok korang dari dalam. Aku takkan tinggalkan kau.” Pujuk Aida apabila melihat Maya yang seakan resah. Mungkin masih trauma. Aida akhirnya akur.
“Awak nak cakap apa?” Tanya Maya perlahan. Dia masih menundukkan wajahnya. Lelaki di hadapannya itu pernah melihat keadaan dirinya yang terdedah. Dia malu.
“Saya nak tanya keputusan awak. Awak terima atau tak lamaran saya. It’s already about two weeks and still awak diam. Now, I’m ready to hear your answer.”
“Kenapa saya? Kenapa bukan Aida? Kenapa bukan orang lain? You are doing this because of you feel sorry for what had happened to me right?”
“I’m doing this because saya dah janji dengan awak. Saya akan jaga awak. Kenapa saya pilih awak? Awak nak tahu?” Duga Haris
“Why??” Tanya Maya berani. Matanya kini menatap mata Haris.
“Sebab.. saya dah nampak aurat awak dan saya nak bertanggungjawab” Jawab Haris. Mereka bertentang mata. Haris mengalihkan pandangannya apabila dia kalah dengan renungan Maya.
Maya terpempan dengan jawapan Haris.
“Awak!!” Jerit Maya
“That’s true! Dah alang-alang saya nampak aurat awak, baik saya bertanggungjawab. Lagipun, bukan ke awak setuju masa saya cakap saya akan kawin dengan awak atas bangunan tu?”
“Mana ada!”
“Kalau tak setuju, kenapa awak hulurkan tangan awak pada saya?” Haris cuba mempermainkan Maya. Maya yang terpinga-pinga dan gelabah itu mencuit hatinya.
“Ni, diam ni tanda setuju lah kan?? Nak saya call ibu awak bagitahu awak dah setuju?” Usik Haris lagi
“Awak ingat perkahwinan ni main-main ke?? Perkahwinan ibarat sebuah perjudian. Saya tak nak silap dalam membuat percaturan dan memperjudikan hidup saya dan masa depan saya. Saya tahu saya bukan perempuan suci lagi. Tapi…” Kata-kata Maya terhenti apabila Haris memotong kata-katanya.
“Kalau awak nak buktikan awak masih suci atau tak. Buktikan! Atau awak takut? Sampai bila awak nak hidup berteka teki Maya??” Ujar Haris. Dia tahu dia agak kasar namun ini sahaja cara untuk membuat Maya setuju.
“Awak cabar saya, Inspektor Haris??!!”
“Terpulang..kenapa, takut??!” Ejek Haris sinis
“Me? Takut? Come on! Okay, saya setuju! Kita kahwin!” Jawab Maya. Dia tidak suka dicabar.

Maya berteleku di atas sejadah. Jarinya tidak henti-henti mengulit tasbih. Tiba-tiba smartphone barunya yang diberi oleh Haris berbunyi. Dia melihat dan mengeluh perlahan. Dia membiarkan panggilan tidak berjawab apabila melihat nama yang tertera di skrin ‘Bakal Suami’.
“Mak cik, saya amanahkan Maya kepada mak cik ya. Jaga dia elok-elok. Kalau dia lari, cepat-cepat call saya!”
“ya lah, Haris jangan risau. Tahu lah mak cik kurung dia dalam rumah” Jawab Mak Ani berseloroh. Aida dan Syafiq ketawa terbahak-bahak manakala Maya hanya diam.
“Ohhh jap, ni phone untuk awak. Nombor saya dah ada dalam tu. Apa-apa call je saya.” Ujar Haris sambil menghulurkan beg kertas kepada Maya. Namun, tidak bersambut.
“After saya habis kursus, kita akad nikah. Mak cik tolong ibu uruskan apa yang patut ya” Pinta Haris kepada Mak Ani.
Lamunanya berderai apabila Aida menegurnya.
“Kenapa kau takk angkatt??? Sis, kau ingat ni drama pukul 7 nak main tarik tali???”
“kau je lah angkat. Kalau drama pukul 7, mesti aku ni dah dilamar CEO Megah Holding.”
“Haaaa lepastu?? Angkat je lah.. nak kawin dah pun. Hmmmm, kau dah nak kawin. Ambik result STPM next month mesti dengan perut memboyot. HAHAHAHAHAHA” usik Aida
“Kepala anda yang botak lah!!! Eiiiii, geram aku dengan kau!! Sini kau!!” Jerit Maya sambil mengejar Aida dengan bantal di tangannya. Mak Ani yang berada di luar bilik hanya tersenyum. Dia gembira melihat Maya yang sudah semakin pulih daripada traumanya.

p/s: korangg dah readyyy nakk baca kisah Maya and Haris after kawin? Wait a minute, sabar! Yang pasti korang akan disajikan dengan momen-momen romantis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience