Inspektor Haris dan pasukan telah merancang strategi mereka untuk menyelamatkan Maya. Misi ini menjadi sangat berbahaya apabila David bukan sahaja ahlong tetapi juga ketua penjual dadah yang lari dari Singapura dan menetap di Malaysia. Strategi yang bijak perlu disusun rapi.
“Amir, saya nak awak mengetuai risikan di sekitar markas mereka. Ingat, jangan sampai ditangkap. Cukup sekadar pergi namun jangan buat apa-apa. Faham?!”
“Baik Tuan!”
“Syam, maklumkan kepada pihak atasan dan hubungi pegawai di Bukit Aman. Kita tak boleh bergerak sendiri, kita perlu bantuan sokongan!”
Tiba-tiba telefon bimbit Inspektor Haris berbunyi nyaring. Dia mengisyaratkan untuk bersurai dan memulakan kerja mereka sebelum menjawab panggilan telefon tersebut.
“Assalamualaikum Tuan, maaf menggangu. Saya Miza kakak kepada Maya. Saya nak tanya macam mana perkembangan adik saya?” Tanya Miza risau.
“Waalaikumsalam. Err, jadi Puan adalah kakak Maya?”
“Ya, saya. Saya baru sampai Lipis after mak cik Ani call tadi.” Jelas Miza.
“Buat masa ni, kami dah berjaya mengesan lokasi Maya. Cuma, kami perlu membuat rondaan dan tinjauan terlebih dahulu”
“Maaf, Tuan! Tuan masih nak membuat tinjauan?? Tuan adik saya dah kena culik! Bukti dah ada. Nak tunggu apa lagii??!!!” Suara Miza mula berubah.
“Tenang Puan Miza, untuk pengetahuan Puan Miza. Ahlong yang menculik Maya bukan sekadar ahlong biasa. Dia juga merupakan ketua mafia dadah terbesar di Malaysia. Dan saya tak nak buat tindakan terburu-buru tanpa strategi sehingga boleh membahayakan nyawa adik Puan dan juga anak buah saya.” Jelas Inspektor Haris tenang, namun suaranya tetap tegas.
“Allah, sa..sa..saya” Miza kehilangan kata-kata. Air matanya mengalir deras memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.
“Puan, percaya pada saya. InshaAllah kami akan buat yang terbaik! Assalamualaikum” Inspektor Haris menamatkan panggilan.
“Siapa tu? Family dia ke??” Tanya Sarjan Syafiq
“yup, her sister”
Maya tersedar apabila wajahnya disimbah dengan air. Terbatuk-batuk Maya apabila air itu memasuki hidungnya dan cuba bernafas dengan tenang.
“Bangun! Pakai baju ni. Kau ada dua pilihan. Pakai sendiri atau aku pakaikan! HAHAHAHAHAHAHA” Ujar Jason sambil membuka gari di tangan Maya dan membuka rantai di kaki Maya. Dia mencampakkan baju itu dan keluar.
Maya hanya memandang baju itu. Dia kemudiannya mencari telefon bimbitnya di poket seluarnya. Namun, tiada!
“Aku dah tak kuat nak hidup, Ya allah! Ambik je lah nyawa aku!” Esak Maya.
Pintu bilik dibuka dan Jason menarik rambutnya apabila melihat Maya masih tidak menukar pakaian.
“Woiiii bodoh!! Wa suruh lu tukar baju kan?” Sambil menendang perut Maya berulang kali dan terhenti apabila melihat Maya tidak menyedarkan diri.
Inspektor Haris mengarahkan anggotanya untuk merempuh masuk pintu bilik hotel mewah itu. Mereka menjejaki Maya yang dibawa dan disimpan di dalam luggage ketika di bawa ke hotel. David yang sedang menggomol wajah Maya yang meronta-ronta itu terkejut lantas mengambil sepucuk pistol daripada laci di sebelah katil. Dia melepaskan beberapa das tembakan sebelum satu tembakan tepat mengenai tangannya yang memegang pistol. Inspektor Haris lantas bergerak ke arah Maya yang hanya terduduk memeluk lutut di bucu bilik hotel. Dia melihat pakaian gadis itu yang terdedah dan mencolok mata. Pakaiannya sangat berbeza dengan gambar yang dia lihat.
“Shhhhh, tenang! Awak dah selamat.” Pujuk Inspektor Haris perlahan apabila Maya hanya diam tidak berkutik. Dia kemudian membuka jaketnya dan menutup tubuh Maya. Dia menghadang tubuh Maya daripada dilihat oleh anggota yang lain. Dia juga sempat mengarahkan yang lain untuk keluar dan bergerak ke markas persembunyian konco-konco David yang lain.
“Bunuh saya please!” Ujar Maya lemah. Dia hanya menunduk! Dia malu!! Dia malu dengan keadaan dirinya saat ini. Tubuhnya yang selama ini ditutup dengan sempurna telah terdedah. Wajah dan tubuhnya telah kotor dengan ciuman daripada David. Jiwanya hancur!
“Cik, jangan macam ni! Ikut saya pergi hospital ya” Pujuk Inspektor Haris. Rasa simpatinya tumpah apabila melihat wajah Maya yang bengkak dan penuh kesan lebam, dan rasa marahnya meluap apabila melihat beberapa kesan merah yang ditinggalkan David di tubuh gadis itu.
“Aku cakap bunuh aku kan???!!! Apa susah sangat hah??!!!!” Maya tiba-tiba berdiri dan menjerit. Dia mencuba merampas pistol daripada Inspektor Haris.
Mereka bergelut sebelum tiba-tiba kedengaran satu bunyi das tembakan. Maya akhirnya rebah.
“Ris, kau okay tak??” Tanya Syafiq risau. Dia bergegas keluar dari balai apabila mendapat tahu mengenai sahabatnya itu.
“Aku okay je ni. Sikit je ni” sambil menunjukkan bahunya yang terkena tembakan semasa bergelut. Tiba-tiba terbayang kembali peristiwa pergelutan itu tadi. Maya yang terkejut dengan bunyi tembakan akhirnya rebah di pangkuan dia. Dia dapat melihat dengan jelas raut wajah Maya yang sugul dan bengkak dengan kesan lebam. Dia juga tersentuh apabila terdengar suara halus Maya yang seakan berbisik ‘Maafkan aku ya allah. Aku kotor!’
“Woii, kau dengar tak niii??!!” Tegur Syafiq apabila Haris hanya termenung.
“Hah, apa? Sorry bro”
“So, sekarang ni mangsa dah boleh bagi keterangan belum? Sebab kes ni besar. Dekat balai tu penuh dengan wartawan. Tu belum lagi kalau kita balik Lipis!”
“Aku tak sure pasal tu. Sebab tadi yes dia sangat lemah! Dia dah overdose dadah lepastu kena tibai pulak” Ujar Haris sambil tangan kirinya mengepal penumbuk.
“Wooo, Ris. Kau rilek boleh tak? Okay aku nak tengok dia jap. Dia bilik berapa eh?”
“Kau tak payah tengok dia! Dekat bilik tu ada pegawai polis perempuan. Lagipun mesti mangsa takkan selesa. Nak lawat or nak ambik keterangan tunggu sampai dia betul-betul pulih dan dalam keadaan aurat dia sempurna!” Tukas Haris
“Tapi, tadi kauuu?”
“Tu masa keadaan darurat. Dia dalam bahaya. Tapi sekarang tak! Dah, aku nak solat ni!” Ujar Haris sebelum berlalu pergi.
Haris melihat Syafiq sedang berbual dengan seorang perempuan. Manakala di samping mereka kelihatan Mak Cik Ani dan Aida. Dia berjalan menghampiri mereka.
“Tuan, terima kasih dah selamatkan adik saya!” Ujar Miza
“Sama-sama, tu dah tugas kami!”
“Errrrr, Tuan. Apa pun, thank you so much dah selamatkan kawan saya dan jadi hero rakyat Malaysia.” Ujar Aida.
“Hero?”
“aah hero. Kes ni viral sampai masuk berita. Tuan and the gang pun dah famous kat social media” Tambah Aida.
“Bro, aku lupa nak bagitahu kau! Esok kita kena buat press conference pasal kes ni. Patutnya malam ni, tapii aku cakap kau perlukan rehat.” Balas Syafiq seraya tersengih bagai kerang busuk. Ya, misi mereka berjaya menumpaskan David telah tersebar meluas. Ketua mereka di Lipis juga telah menelefon dan mengucapkan tahniah.
“Saya balik dulu. Jika ada apa-apa segera maklumkan kepada saya!” Ujar Haris sambil mengangguk tanda hormat. Begitu juga dengan Syafiq.
Puan Siti menangis teresak-esak sambil memegang jari Maya yang dingin. Tubuh anaknya hanya kaku. Luluh hatinya apabila diberitahu Maya telah diberikan dadah selama dua hari dengan dos yang banyak dan kemungkinan Maya telah dirogol oleh lelaki durjana tersebut.
“Ibu, dah lah tu! Inshaallah Maya kuat.” Pujuk Mira perlahan. Hatinya juga sakit melihat keadaan adiknya itu. perlahan air matanya juga jatuh.
Dari kejauhan, Miza hanya melihat kelakuan Mira dan ibunya. Dia berasa telah gagal menjadi seorang kakak yang baik.
‘kenapa kau yang kena lalui semua ni Maya???’ Jerit hati kecilnya.
Sementara di dalam bilik hotel, Haris tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya asyik teringat akan Maya. Jelas terpancar di matanya bibir Maya yang pucat tidak berdarah mengucap lirih ‘Maafkan aku ya allah. Aku kotor!’. Hati lelakinya terusik, tiba-tiba kenangan pahit terulang kembali di kotak memorinya.
“Arghhhhh, allahuakbar!”. Jerit Haris seraya bingkas bangun dari katil. Jeritan kecilnya telah menganggu lena Syafiq di katil sebelahnya.
“Ris, kau okay tak ni?!”
“Aku okay. Sorry.”
Dia kemudiannya mengerling sekilas jam di dinding kamar hotel dan melangkah ke arah tandas untuk mengambil wudhuk. Dia perlukan ketenangan dan ketenangan itu hanya akan hadir apabila dia kembali kepada yang Maha Berkuasa. Malam itu, tidurnya bermimpikan Maya. Gadis itu seolah-olah merenungnya dan meminta bantuan.
Share this novel